[TERKINI] PRN Sabah: Ronald Kiandee berentap di Sugut, kembali di DUN sama selepas 35 tahun
![[TERKINI] PRN Sabah: Ronald Kiandee berentap di Sugut, kembali di DUN sama selepas 35 tahun [TERKINI] PRN Sabah: Ronald Kiandee berentap di Sugut, kembali di DUN sama selepas 35 tahun](https://resizer-vortals.eco.astro.com.my/tr:w-auto,h-auto,q-80,f-webp/https://img.astroawani.com/2022-09/51662620953_RonaldKiandee.jpg)
Pertarungan di Sugut itu menandakan kemunculan semula Ronald selepas 35 tahun, apabila kali terakhir berentap di kerusi berkenaan pada 1990. - fotoBERNAMA
PENAMPANG: Pengerusi Perikatan Nasional (PN) Sabah, Datuk Seri Ronald Kiandee akan bertanding di Dewan Undangan Negeri (DUN) Sugut pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah ke-17.
Ringkasan AI
- Datuk Seri Ronald Kiandee bertanding di Dewan Undangan Negeri (DUN) Sugut pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah ke-17, menandakan kemunculan semula selepas 35 tahun.
- Pada PRN Sabah ini, Perikatan Nasional (PN) menurunkan 41 calon baru dengan hampir 90 peratus merupakan wajah baharu dan 30 peratus adalah calon muda.
- Pada PRN Sabah ke-16 tahun 2020, PN menang 17 kerusi DUN, bersama dengan Bersatu dan Parti Solidariti Tanah Airku (STAR) dalam kerajaan negeri bersama Gabungan Rakyat Sabah (GRS).
Antara yang turut menjadi tumpuan semasa pengumuman calon PN sebentar tadi ialah di DUN Sulaman, apabila gabungan itu meletakkan Datin Tiaminah Ele untuk berentap di kerusi yang disandang oleh Pengerusi Gabungan Rakyat Sabah (GRS), Datuk Seri Hajiji Noor.
Pengerusi PN, Tan Sri Muhyiddin Yassin mengumumkan seramai 41 calon untuk dipertaruh dalam PRN Sabah kali ini dengan barisan calon muka baharu hampir 90 peratus manakala sekitar 30 peratus merupakan calon muda.
Jelas beliau, calon-calon yang dipilih telah melalui proses tapisan ketat dan menyeluruh.
“Daripada jumlah calon, lima adalah wanita atau kira-kira 15 peratus,” katanya pada Majlis Pengumuman Calon PN Sabah, di sini, pada Selasa.
Pada PRN Sabah ke-16 yang diadakan pada 2020, PN menang 17 kerusi DUN terdiri daripada 11 kerusi oleh Bersatu dan enam kerusi dimenangi Parti Solidariti Tanah Airku (STAR).
Gabungan berkenaan ketika itu merupakan sebahagian daripada kerajaan negeri bersama Gabungan Rakyat Sabah (GRS).
Fakta Segera: Jawapan Pantas Dari AI
Dapatkan berita terkini dan info interaktif PRN Sabah 2025 di sini

Fakta Segera: Jawapan Pantas Dari AI
- Q: Apakah yang menarik perhatian dalam pengumuman calon Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah kali ini? A: Pengumuman calon PN Sabah menarik perhatian dengan 41 calon dipertaruhkan, di mana hampir 90 peratus merupakan calon muka baharu dan kira-kira 30 peratus merupakan calon muda.
- Q: Siapakah yang akan bertanding di Dewan Undangan Negeri (DUN) Sugut pada PRN Sabah ke-17? A: Datuk Seri Ronald Kiandee, Pengerusi Perikatan Nasional (PN) Sabah, akan bertanding di Dewan Undangan Negeri (DUN) Sugut pada PRN Sabah ke-17.
- Q: Berapakah jumlah wanita di kalangan calon yang dipilih untuk bertanding dalam PRN Sabah kali ini? A: Dalam PRN Sabah kali ini, terdapat lima wanita yang dipilih sebagai calon PN, menyumbang kira-kira 15 peratus daripada jumlah calon yang dipertaruhkan.

Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami

