POLITIK
PRN Sabah: Saya tetap berjalan sendiri, doa terbaik buat lima ADUN STAR - Jeffrey
Jeffrey berkata, malah tidak terkejut dengan keputusan itu kerana setiap individu mesti bertindak mengikut hati nurani masing-masing. - Gambar fail/Facebook Jeffrey Kitingan
KOTA KINABALU: Presiden Parti Solidariti Tanahairku (STAR), Datuk Seri Jeffrey Kitingan menghormati keputusan lima Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) parti itu yang memilih untuk kekal bersama Gabungan Rakyat Sabah (GRS).
Jeffrey yang juga ADUN Tambunan berkata, malah tidak terkejut dengan keputusan itu kerana setiap individu mesti bertindak mengikut hati nurani masing-masing.
Beliau dalam masa sama memaklumkan pemimpin yang memilih arah lain tetap menjadi rakannya dan mendoakan yang terbaik untuk mereka.
“Dalam hidup saya, saya sering berjalan seorang diri. Tiada yang baru tentang ini.
“Apa yang penting bukanlah berapa ramai yang berjalan di sisi saya, tetapi sama ada jalan itu betul, dan saya kekaldi jalan itu,” katanya dalam satu kenyataan pada Isnin.
Jeffrey menambah, sesetengah orang mungkin mengambil jalan yang lebih mudah tetapi beliau akan terus berada di jalan yang membawa kepada keadilan untuk Sabah.
Ujar beliau, perjuangan itu tidak pernah berdasarkan kedudukan atau keselesaan tetapi berdasarkan maruah, keadilan dan harapan yang belum dipenuhi oleh rakyat Sabah yang berhak mendapatkannya.
“Misi saya tetap sama. Saya akan terus berdiri untuk Sabah dan berkhidmat kepada rakyatnya dengan jujur serta berani.
“Bagaimanapun, tugas saya adalah jelas. Perjuangan diteruskan dan akhirnya, rakyatlah yang akan memutuskan.
“Pilihan raya negeri ini akan menjadi referendum untuk Sabah sama ada kita kekal tunduk kepada Persekutuan atau berdiri bebas dan merdeka,” katanya.
Pada Isnin, lima ADUN STAR iaitu Datuk Ellron Angin (Sook); Datuk Abidin Madingkir (Paginatan); Datuk Robert Tawik (Bingkor);Datuk Annuar Ayub (Liawan) dan ADUN Tulid, Flovia Ng bertindak menyokong GRS pada PRN17 nanti.