[LAPOR LANGSUNG] 9 rakyat Malaysia ditahan rejim Israel
POLITIK

PRN Sabah: SPR adakan mesyuarat khas 16 Oktober, tentukan tarikh penting

Hasimi Muhamad 08/10/2025 | 08:54 MYT
Mesyuarat Khas itu akan menentukan tarikh penting termasuk hari penamaan calon, hari pengundian awal dan hari mengundi bagi pilihan raya negeri akan datang. - Gambar hiasan
KOTA KINABALU: Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) akan mengadakan Mesyuarat Khas pada 16 Oktober ini bagi membincangkan tarikh-tarikh penting berkaitan Pilihan Dewan Undangan Negeri (DUN) Sabah Ke-17.


Ringkasan AI
  • Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) akan mengadakan Mesyuarat Khas pada 16 Oktober bagi menetapkan tarikh penting Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah ke-17 susulan pembubaran rasmi DUN Sabah ke-16 pada 6 Oktober.
  • Mesyuarat tersebut akan menentukan tarikh penamaan calon, pengundian awal dan hari mengundi, selaras dengan Perkara 21 Fasal (4) Perlembagaan Negeri Sabah yang menetapkan pilihan raya mesti diadakan dalam tempoh 60 hari dari tarikh pembubaran.
  • Pemakluman rasmi pembubaran DUN diterima daripada Speaker Datuk Seri Kadzim M. Yahya pada 7 Oktober, manakala pengumuman pembubaran dibuat oleh Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Hajiji Noor.


Setiausaha SPR, Datuk Khairul Shahril Idrus dalam satu kenyataan memaklumkan, mesyuarat itu diadakan susulan penerimaan pemakluman rasmi daripada Speaker DUN Sabah, Datuk Seri Kadzim M. Yahya pada 7 Oktober lalu, mengenai pembubaran DUN Sabah Ke-16.

“Sebagaimana diperuntukkan di bawah Perkara 21 Fasal (4), Perlembagaan Negeri Sabah, suatu pilihan raya umum hendaklah diadakan dalam tempoh 60 hari dari tarikh pembubaran tersebut,” katanya pada Rabu.

Mesyuarat Khas itu akan menentukan tarikh penting termasuk hari penamaan calon, hari pengundian awal dan hari mengundi bagi pilihan raya negeri akan datang.

DUN Sabah Ke-16 dibubarkan secara rasmi pada 6 Oktober lalu.

Perkara itu diumumkan Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Hajiji Noor dalam satu sidang media, sekali gus memberi ruang kepada PRN-17.



#PRN Sabah #SPR #tarikh penting #tarikh PRN