POLITIK
PRN Sabah: STAR beri tempoh sehingga esok kepada 5 ADUN sokong GRS - Jeffrey
Jeffrey ketika ditemui pemberita di Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu, di sini, hari ini.
KOTA KINABALU: Parti Solidariti Tanah Airku (STAR) memberikan tempoh sehingga esok kepada lima Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) parti itu untuk menyatakan pendirian mereka selepas menyatakan sokongan kepada Gabungan Rakyat Sabah (GRS).
Ringkasan AI
Presidennya, Datuk Seri Jeffrey Kitingan berkata, parti itu telah memberi tempoh seminggu kepada kelima-lima ADUN terlibat untuk membuat keputusan.
“Ramai orang yang bersedia untuk menggantikan mereka.
“Saya telah memberikan mereka satu minggu dan separuh daripada masa itu, telahpun berlalu,” katanya ketika ditemui media di Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu, di sini pada Selasa.
Ditanya sama ada status lima ADUN tersebut tergugur daripada STAR, Jeffrey memaklumkan bahawa keputusan rasmi hanya akan dibuat selepas mesyuarat parti yang bakal diadakan dalam masa terdekat.
Dalam masa sama, beliau yang juga penyandang kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Tambunan, menegaskan tindakan lima ADUN itu, tidak semestinya akan melemahkan asas sokongan STAR di kawasan mereka.
Jeffrey turut memberi bayangan bahawa kerusi yang kini disandang lima ADUN terbabit akan diberikan kepada calon baharu, sekiranya mereka enggan menukar pendirian.
Menurutnya, kerusi-kerusi tersebut adalah amanah parti dan telah “dihadiahkan” kepada penyandangnya dalam pilihan raya lalu.
Justeru, ujarnya parti berhak untuk menggantikannya dengan calon lain pada pilihan raya akan datang.
Lima ADUN STAR menyatakan sokongan kepada GRS selepas pengumuman pembubaran DUN Sabah oleh Ketua Menteri Datuk Seri Hajiji Haji Noor pada Isnin.
Mereka adalah dua Timbalan Presiden STAR, Datuk Ellron Angin yang juga ADUN Sook, dan Robert Tawiq (Bingkor).
Turut berbuat demikian Datuk Flovia Ng (Tulid), Datuk Annuar Ayob (Liawan), serta Datuk Abidin Madingkir (Paginatan).
Keanggotaan STAR dan Parti Maju Sabah (SAPP) dalam GRS tamat selepas kedua-duanya menyatakan keputusan untuk bertanding solo pada Pilihan Raya Negeri Ke-17 (PRN17).
Ringkasan AI
- Presiden STAR, Datuk Seri Jeffrey Kitingan memberi tempoh sehingga esok kepada lima ADUN parti itu untuk menyatakan pendirian mereka, selepas menyokong Gabungan Rakyat Sabah (GRS) susulan pengumuman pembubaran DUN Sabah.
- Jeffrey menegaskan kerusi yang disandang mereka adalah amanah parti dan boleh digantikan dengan calon baharu jika mereka enggan menukar pendirian, namun keputusan rasmi hanya akan dibuat selepas mesyuarat parti.
- Lima ADUN terlibat ialah Datuk Ellron Angin (Sook), Robert Tawiq (Bingkor), Datuk Flovia Ng (Tulid), Datuk Annuar Ayob (Liawan), dan Datuk Abidin Madingkir (Paginatan), yang menyatakan sokongan kepada GRS selepas STAR dan SAPP memutuskan bertanding solo pada PRN17.