POLITIK
PRN Sabah: STAR mahu tawan empat kerusi DUN bawah Parlimen Kota Belud
Jeffrey mengulangi pendirian bahawa matlamat utama STAR adalah memastikan Kerajaan Negeri Sabah terus dipimpin oleh parti-parti tempatan demi masa depan dan kuasa politik rakyat negeri itu - Foto Astro AWANI/Nasruddin Samad
KOTA BELUD: Parti Solidariti Tanah Airku (STAR) meletakkan keyakinan untuk 'menawan' empat kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) di bawah Parlimen Kota Belud pada Pilihan Raya Negeri Sabah ke-17 (PRN17), akan datang.
Presidennya, Datuk Seri Jeffrey Kitingan berkata keempat-empat DUN tersebut iaitu Pintasan, Tempasuk, Usukan, serta Kadamaian memerlukan perubahan demi membawa pembangunan lebih baik kepada rakyat di kawasan berkenaan.
"... dan saya yakin kali ini, STAR bukan saja ingin bertanding, tetapi ingin memenangi kawasan ini dengan sokongan daripada akar umbi. Saya yakin kerana angin perubahan sedang meniup di seluruh Sabah," katanya ketika ditemui Astro AWANI selepas Program Ramah Mesra STAR bersama Presiden, di sini pada Rabu.
Mengulas mengenai calon pula, Jeffrey memaklumkan bahawa STAR sedang menilai beberapa individu yang telah menawarkan diri untuk bertanding mewakili parti di keempat-empat DUN tersebut.
Bagaimanapun, tegasnya parti memberikan keutamaan kepada calon senior, yang diyakini akan mendapat mandat daripada rakyat.
Pada PRN16, DUN Pintasan dimenangi oleh Datuk Fairuz Renddan yang bertanding atas tiket Perikatan Nasional (PN), dengan majoriti 84 undi.
DUN Usukan dimenangi oleh Datuk Seri Salleh Said Keruak (Barisan Nasional), dengan majoriti 4,298 undi; manakala Datuk Mohd Arsad Bistari memenangi kerusi DUN Tempasuk dengan majoriti 1,685 undi.
Sementara itu, Datuk Ewon Benedick menang bergaya di DUN Kadamaian atas tiket Parti Pertubuhan Kinabalu Progresif Bersatu (UPKO) dengan majoriti 3,459 undi.
Dalam pada itu, Jeffrey mengulangi pendirian bahawa matlamat utama STAR adalah memastikan Kerajaan Negeri Sabah terus dipimpin oleh parti-parti tempatan demi masa depan dan kuasa politik rakyat negeri itu.
Menurut beliau, usaha itu penting agar Sabah dapat mencontohi kejayaan Sarawak dalam menguasai hala tuju politik negeri mereka sendiri, sekali gus membolehkan pelaksanaan Perjanjian Malaysia 1963 (MA63) secara lebih berkesan.
"Itulah matlamat kita. Sebab kita mahu macam Sarawak... bila kita ingin menguasai politik di Sabah seperti di Sarawak.
"Kita tidak mahu dikuasai, seolah-olah kita ini tanah jajahan. Dan, kita bergantung hanya kepada Kuala Lumpur untuk segala-galanya. Sedangkan kita adalah wilayah yang sudah merdeka," jelasnya.
Beliau, yang juga bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah turut menyuarakan kebimbangan terhadap situasi politik semasa yang memperlihatkan kecenderungan 'parti luar', untuk mendominasi pentadbiran Sabah.
Sehubungan itu, Jeffrey menjelaskan sudah tiba masanya kuasa politik di Sabah dikembalikan sepenuhnya kepada rakyat melalui parti-parti lokal yang benar-benar memahami denyut nadi serta aspirasi rakyat negeri itu.
"Jadi oleh sebab itu, sudah tiba masa untuk kita betul-betul mengambil balik kuasa politik di Sabah ini di tangan parti lokal," tambahnya.
Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan hari pengundian bagi PRN17 pada 29 November depan, manakala hari penamaan dijadual berlangsung pada 15 November.