POLITIK
PRN SABAH: STAR Sabah, SAPP tinggalkan GRS kerana agihan kerusi
Datuk Seri Jeffrey Kitingan dan Datuk Seri Yong Teck Lee berpandangan PH tidak seharusnya mendapat peruntukan kerusi lebih daripada tujuh.
KUALA LUMPUR: Tindakan parti komponen Gabungan Rakyat Sabah (GRS), iaitu Parti Solidariti Tanah Airku (STAR) dan Parti Maju Sabah (SAPP) sah meninggalkan gabungan itu, difahamkan kerana mereka tidak berpuas hati dengan pengagihan kerusi dewan undangan negeri.
Memetik laporan The Star, kedua-dua presiden Datuk Seri Jeffrey Kitingan dan Datuk Seri Yong Teck Lee berpandangan Pakatan Harapan tidak seharusnya mendapat peruntukan kerusi lebih daripada tujuh.
Memetik sumber, laporan itu menyebut, Ketua Menteri Sabah yang juga Pengerusi GRS memaklumkan kepada Mesyuarat Majlis Presiden GRS yang berlangsung pada Rabu, keputusan GRS untuk memperuntukkan 18 daripada 73 kerusi DUN kepada PH.
“Menurut sumber itu, mesyuarat tersebut tidak menetapkan undian tentang kerjasama GRS-PH, tetapi hanya membincangkan dengan teratur. Sumber itu juga memberitahu, Hajiji tidak memberi indikasi tentang tarikh pembubaran sidang Dewan Undangan Negeri yang akan tamat tempohnya pada 11 November depan,” menurut laporan itu lagi.
Terdahulu Setiausaha Agung GRS, Datuk Seri Masidi Manjun, dalam satu kenyataan pada Khamis, beliau berkata, kedua-dua presiden parti tersebut, Datuk Seri Jeffrey Kitingan dan Datuk Seri Yong Teck Lee memaklumkan mesyuarat Majlis Presiden GRS semalam bahawa STAR dan SAPP akan bertanding menggunakan lambang parti sendiri dalam pilihan raya negeri akan datang.
Masidi berkata, kedua-dua presiden itu memaklumkan keputusan tersebut dibuat kerana tidak mahu terikat dengan kuota agihan kerusi DUN yang akan dimuktamadkan antara GRS dan Pakatan Harapan.
“Ini bermakna STAR dan SAPP berkemungkinan akan meletakkan calon di kawasan-kawasan DUN yang juga bakal ditandingi oleh calon-calon dari PH,” katanya lagi.
Dalam pada itu Masidi berkata, Ketua Menteri Sabah yang juga Pengerusi GRS, Datuk Seri Hajiji Noor dalam mesyuarat itu memperingatkan bahawa semua parti komponen GRS perlu menghormati persetujuan kerjasama yang telah diumumkan bersama PH sebelum ini.
Katanya lagi, Hajiji turut menegaskan bahawa atas prinsip kesatuan, GRS harus bergerak sebagai satu entiti, dengan semua calon GRS menggunakan lambang yang sama, iaitu lambang GRS, dalam menghadapi PRN-17.