POLITIK
PRN Sabah: STAR sedia bekerjasama dengan parti tempatan, mahu contohi Sarawak - Jeffrey
Presiden Parti Solidariti Tanah Airku (STAR), Datuk Seri Dr. Jeffrey Kitingan, mengadakan sidang media sebaik tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu hari ini. - Foto BERNAMA
KOTA KINABALU: Parti Solidariti Tanah Airku (STAR) sedia bekerjasama dengan parti-parti tempatan termasuk Parti Warisan Sabah (Warisan) dan kumpulan “gelombang hitam”, demi membentuk kesatuan politik yang kukuh di negeri itu.
Ringkasan AI
Presidennya, Datuk Seri Jeffrey Kitingan berkata langkah itu penting bagi mencontohi kejayaan Sarawak yang berjaya memperkukuh kedudukan politik serta memperjuangkan hak negeri apabila parti-parti tempatan bersatu di bawah satu gabungan.
“Seperti yang saya katakan tadi, kita sepatutnya bersatu dengan parti-parti tempatan yang lain.
“Lihat Sarawak, bila mereka bergabung dan bersatu, mereka menjadi kuat. Dan apabila kuat, mereka boleh dapat apa yang mereka inginkan,” katanya ketika ditemui media di Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu, di sini pada Selasa.
Jeffrey menambah, terdapat dua elemen penting dalam memperkukuh kekuatan politik Sabah iaitu perpaduan antara parti tempatan dan kepimpinan yang berwibawa.
“Bila sudah bersatu, apa pemimpin buat? Seperti Abang Jo, (Premier Sarawak, Tan Sri Abang Johari Tun Openg) tengok apa dia buat. Siapa kata kita tak boleh ikut jejak Sarawak? Kita sama saja,” ujarnya.
Mengulas mengenai jumlah kerusi yang akan ditandingi STAR selepas tidak lagi bersama Gabungan Rakyat Sabah (GRS), beliau memaklumkan perkara itu masih dalam perbincangan bersama parti-parti tempatan lain.
“Kita bersama-sama dengan parti-parti lokal yang lain, semua 73 kerusi.
“STAR sahaja banyak, tetapi kita belum muktamadkan lagi," katanya.
Pada Isnin, Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Hajiji Noor yang juga Pengerusi GRS mengumumkan pembubaran Dewan Undangan Negeri (DUN) Ke-16, sekali gus memberi ruang kepada Pilihan Raya Negeri Sabah Ke-17 (PRN17) diadakan.
Keanggotaan STAR dan Parti Maju Sabah (SAPP) dalam GRS tamat selepas kedua-duanya menyatakan keputusan untuk bertanding solo pada PRN17.
Selain GRS, STAR dan SAPP, parti politik lain yang mencuri tumpuan pada PRN17 ialah Warisan, Barisan Nasional (BN), serta Parti Kesejahteraan Demokratik Masyarakat (KDM).
Ringkasan AI
- Presiden STAR Datuk Seri Jeffrey Kitingan menyatakan kesediaan bekerjasama dengan parti-parti tempatan termasuk Warisan dan kumpulan -gelombang hitam- bagi membentuk kesatuan politik kukuh di Sabah.
- Beliau menegaskan perpaduan parti tempatan dan kepimpinan berwibawa penting untuk mencontohi kejayaan Sarawak dalam memperjuangkan hak negeri.
- STAR kini berbincang dengan parti tempatan lain mengenai jumlah kerusi yang akan ditandingi selepas keluar daripada Gabungan Rakyat Sabah (GRS).