POLITIK
PRN Sabah: STAR umum keluar GRS, dengar sentimen akar umbi - Jeffrey
Jeffrey ketika ditemui pemberita di Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu, hari ini. - Astro AWANI
KOTA KINABALU: Parti Solidariti Tanah Airku (STAR) mengambil keputusan untuk keluar daripada Gabungan Rakyat Sabah (GRS) selepas mengambil kira suara dan keluhan rakyat, kata Datuk Seri Jeffrey Kitingan.
Ringkasan AI
Menurut Presiden STAR itu, keputusan tersebut bukan bertentangan dengan sokongan di peringkat akar umbi.
Sebaliknya, ujar beliau ia hasil pemerhatian dan maklum balas yang diterima daripada pelbagai lapisan masyarakat, termasuk pertemuan-pertemuan bersama rakyat.
“Itu sebab kami keluar daripada GRS, kerana kami mendengar keluhan daripada rakyat. Semua keputusan masyarakat, sama ada dalam talian, di kedai kopi atau pertemuan rasmi, semua itu kami ambil kira.
“Kita tidak boleh melawan sentimen rakyat kerana mereka yang menentukan,” katanya ketika ditemui media di Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu, di sini pada Selasa.
Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas tindakan lima Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) parti itu menyokong GRS, sama ada mencerminkan pandangan akar umbi, atau sebaliknya bertentangan.
Dalam pada itu, Jeffrey menambah parti itu tekad menghidupkan semula gerakan “Sabah untuk Rakyat Sabah” dan “Keadilan untuk Sabah” selepas STAR mengambil keputusan keluar daripada GRS.
"Kita uruskan negeri kita sendiri, dan bila kita dapat urus negeri sendiri, maka kita dapat uruskan Malaysia dalam keadaan lebih baik. Kita mahu hubungan setera dan bukan di bawah.
"Ini bererti kita menghormati antara satu denganlain. Itu sebab Sabah, Sarawak dan Semenanjung itu adalah 'equal partner'," tambah beliau.
Ringkasan AI
- Presiden STAR, Datuk Seri Jeffrey Kitingan mengumumkan parti itu keluar daripada Gabungan Rakyat Sabah (GRS) selepas mendengar keluhan dan sentimen rakyat.
- Beliau menegaskan keputusan itu tidak menentang akar umbi, sebaliknya berdasarkan maklum balas daripada pelbagai lapisan masyarakat.
- STAR berikrar menghidupkan semula gerakan -Sabah untuk Rakyat Sabah- dan menuntut hubungan setara antara Sabah, Sarawak dan Semenanjung.