POLITIK
PRN Sabah: Warisan beri jaminan selesai masalah air dalam setahun jika diberi mandat - Shafie
Menurut Shafie, isu utama yang membelenggu sistem bekalan air di Sabah ialah kapasiti loji rawatan air yang tidak mencukupi serta sistem pengagihan yang lemah - Foto/ Astro AWANI/ Nasruddin Samad
KOTA KINABALU: Parti Warisan (Warisan) memberi jaminan bahawa masalah bekalan air bersih di Sabah akan diselesaikan dalam tempoh setahun, sekiranya diberi mandat untuk mentadbir semula negeri itu pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Ke-17 akan datang.
Ringkasan AI
Presidennya, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal berkata, pengalaman mentadbir negeri dan pernah berada dalam Kerajaan Persekutuan memberi keyakinan bahawa masalah asas seperti air dan infrastruktur boleh ditangani dalam masa yang singkat melalui perancangan dan keutamaan yang betul.
Menurut beliau, isu utama yang membelenggu sistem bekalan air di Sabah ialah kapasiti loji rawatan air yang tidak mencukupi serta sistem pengagihan yang lemah.
"Sabah memiliki air yang cukup tetapi (ada masalah) pengagihan. Mungkin paip tidak sampai atau bocor.
"Saya beri jaminan, kalau esok Warisan memerintah, jambatan yang ada di Sook akan dibina dalam jangka masa pendek.
"Begitu juga masalah pokok di Sabah seperti bekalan air, saya akan selesaikannya dalam tempoh setahun. Bukan esok, tapi dalam setahun," katanya dalam sidang media di Ibu Pejabat Warisan, di sini pada Rabu.
Tambahnya, masalah bekalan air, elektrik dan peluang pekerjaan adalah isu asas rakyat yang perlu diberi keutamaan berbanding rundingan kerusi atau agenda politik semata-mata.
Dalam pada itu, Shafie menegaskan bahawa Warisan komited untuk membentuk kerajaan yang bersih, bebas rasuah dan memiliki barisan kepimpinan yang boleh dipercayai serta berkemahiran dalam mentadbir negeri.
Beliau berkata, Warisan juga sentiasa menyokong Kerajaan Persekutuan yang memiliki majoriti di peringkat pusat demi kestabilan negara, namun menegaskan bahawa urus tadbir rakyat Sabah mesti dikendalikan oleh pemimpin Sabah sendiri.
"Ini bukan bermakna kita tidak pentingkan negara. Di peringkat pusat, siapa sahaja kerajaan yang ada, kita sokong. Hari ini pun kita sokong, kerana mereka ada jumlah majoriti.
"Tetapi kepentingan orang Sabah, rakyat Sabah perlu diurus tadbir dengan baik oleh pimpinan Sabah sendiri," ujarnya lagi.
Warisan mengambil keputusan untuk bergerak solo dalam PRN 17.
Dalam PRN 16 lalu, Warisan memenangi 23 daripada lebih 40 kerusi yang ditandingi parti itu menerusi kerjasama dengan Pakatan Harapan (PH) Sabah.
Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Hajiji Noor mengumumkan pembubaran Dewan Undangan Negeri (DUN) Sabah berkuat kuasa Isnin lalu, sekali gus memberi ruang kepada PRN17.
Ringkasan AI
- Parti Warisan memberi jaminan akan menyelesaikan masalah bekalan air bersih di Sabah dalam tempoh setahun jika diberi mandat mentadbir semula negeri, dengan fokus kepada pembaikan kapasiti loji dan sistem pengagihan.
- Presiden Warisan, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal menekankan keutamaan terhadap isu asas rakyat seperti air, elektrik dan pekerjaan, serta komitmen membentuk kerajaan bersih, bebas rasuah dan dipimpin oleh pemimpin Sabah sendiri.
- Warisan akan bertanding secara solo dalam PRN Sabah ke-17, selepas memenangi 23 kerusi pada PRN lalu melalui kerjasama dengan PH, susulan pembubaran DUN Sabah oleh Ketua Menteri Datuk Seri Hajiji Noor.