POLITIK
PRN Sabah: Warisan hanya muncul dengan ‘senarai kerja’ setiap kali pilihan raya? - Ramlah
Ramlah berkata Warisan juga terlalu menumpukan kepada bantuan berskala kecil seperti sumbangan RM2,000 hingga RM3,000 kepada sekolah, baik pulih rumah dan bantuan elektrik kampung. - Foto Astro AWANI
BONGAWAN: Gabungan Rakyat Sabah (GRS) Bongawan menegaskan bahawa dakwaan Parti Warisan (Warisan) mengenai kononnya banyak pembangunan dibawa oleh wakil rakyat penyandang, Daud Yusof tidak selari dengan realiti yang dialami rakyat di lapangan sepanjang lima tahun lalu.
Ketua Wanita GRS DUN Bongawan, Ramlah Sidek, berkata pola yang sama berulang setiap kali pilihan raya semakin hampir, apabila Warisan tiba-tiba mengemukakan senarai panjang bantuan, program dan "usaha besar" yang dikatakan dilaksanakan.
"Warisan keliru antara buat kerja dan buat kenyataan. Setiap kali hampir pilihan raya, barulah senarai panjang ‘usaha’ itu muncul.
"Tetapi bila kita turun kampung, rakyat sendiri berkata mereka tidak nampak pembangunan seperti yang didakwa," katanya dalam satu kenyataan pada Selasa.
Menurut beliau, sekiranya benar banyak perubahan dan pembangunan telah berlaku, Bongawan tidak sepatutnya kekal dengan masalah asas yang sama sejak 2018 termasuk jalan rosak, peluang pekerjaan terhad serta projek ekonomi yang tidak pernah direalisasikan.
Ramlah berkata, Warisan juga terlalu menumpukan kepada bantuan berskala kecil seperti sumbangan RM2,000 hingga RM3,000 kepada sekolah, baik pulih rumah dan bantuan elektrik kampung.
Walaupun tidak menafikan sumbangan itu bermanfaat, beliau menegaskan ia tidak cukup untuk membawa perubahan struktur kepada ekonomi Bongawan.
"Bantuan kecil itu kita hargai, tetapi itu memang tanggungjawab minimum seorang wakil rakyat. Rakyat mahu lebih daripada itu. Mereka mahu pelan pembangunan ekonomi, peluang kerja dan strategi membangunkan belia, bukan sekadar bantuan tahunan," tambahnya.
Mengulas dakwaan Warisan bahawa Kawasan Industri Gas dan Minyak Sabah (SOGT) "muram", Ramlah menegaskan, kenyataan itu mencerminkan kegagalan Warisan sendiri mengurus kesinambungan projek strategik semasa mereka menjadi kerajaan negeri.
Menurut Ramlah, pengundi muda dan pengundi kali pertama juga semakin celik bahawa masa depan Bongawan memerlukan pemimpin bertaraf nasional yang dapat membuka pintu pelaburan, mewujudkan pekerjaan bernilai tinggi dan menghidupkan kembali projek-projek besar yang terbiar.
Dalam masa sama, beliau berkata GRS menawarkan kepimpinan lebih stabil, konsisten dan berkeupayaan membawa perubahan berskala besar, khususnya melalui peranan dan pengalaman luas Tan Sri Anifah Aman di peringkat negeri dan Persekutuan.
Dapatkan berita terkini dan info interaktif PRN Sabah 2025 di sini