PRN Sabah: Warisan Plus tunggu keputusan rasmi

Syah Hairizal Kamalul Arifin
September 26, 2020 14:45 MYT
Suasana di pekarangan Rumah Yayasan Sabah yang menerima kehadiran pemimpin dan penyokong Warisan Plus. - Gambar Astro AWANI
Pekarangan Rumah Yayasan Sabah menerima kehadiran pimpinan dan penyokong Warisan Plus sejak jam 7.30 malam tadi.
Antara yang hadir ke kediaman tersebut adalah Presiden Pejuang, Datuk Seri Mukhriz Mahathir dan Pengerusi PKR Sabah, Datuk Christina Liew.
BACA: PRN Sabah: Sorakan bergema bila Bung Moktar umum kemenangan
Setakat pukul 10 malam tadi difahamkan kesemua pimpinan yang hadir bersama-sama Presiden Parti Warisan Sabah (Warisan), Datuk Seri Mohd Shafie Apdal menunggu kemaskini keputusan rasmi yang akan dikeluarkan Suruhanjaya Pilihanraya (SPR).
Dalam perkembangan lain, menurut sumber terdekat kepada Astro AWANI terdapat beberapa buah trak Unit Simpanan Persekutuan FRU dilihat berada berhampiran Padang Merdeka dan jalan naik menuju Istana Negeri.
Ikuti perkembangan PRN Sabah di sini
LAPOR LANGSUNG: Hari penentuan di Sabah
#Astro Awani #Awani #Bung Moktar #GRS #GRS menang #PRN Sabah #Sabah election #Sabah Memilih #Shafie Apdal #SPR #Suruhanjaya Pilihan Raya #UMNO #Warisan