POLITIK
PRN Sabah: Wetrom sah pindah dari Bandau ke Matunggong
Wetrom menafikan tindakan berpindah kerusi sebagai strategi memberi laluan kepada Redonah. - Astro AWANI
KOTA MARUDU: Teka-teki sama ada Datuk Wetrom Bahanda akan kekal di kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Bandau terjawab apabila beliau mengesahkan untuk bertanding di kerusi DUN Matunggong pada Pilihan Raya Negeri Sabah ke-17.
Ringkasan AI
Perkara itu sekali gus menyaksikan beliau tidak akan bertembung dengan adiknya, Ketua Wanita Parti Gagasan Rakyat Sabah (Gagasan Rakyat) Datuk Redonah Bahanda di DUN Bandau jika Redonah dicalonkan oleh Gabungan Rakyat Sabah (GRS) di kerusi DUN itu.
Ditanya sama ada tindakan berpindah kerusi DUN dan bertanding di Matunggong adalah bagi memberi laluan mudah kepada Redonah, Wetrom menolak spekulasi itu sama sekali.
"Bertemu atau tidak bertemu itu soal lain. Sebab adik saya (Redonah) daripada parti lain. Saya ingat biar parti dia (GRS) yang mengatur (menentukan).
"Kita di Parti Kesejahteraan Demokratik Masyarakat (KDM) akan atur (menentukan) parti kita dan saya telah umumkan bahawa KDM akan bertanding di tiga-tiga Kawasan di Parlimen Kota Marudu (Matunggong, Bandau dan Tandek)," katanya.
Selain itu, Wetrom yang juga Timbalan Presiden KDM berkata, Matunggong merupakan tempat asalnya dan tindakan bertanding di Kawasan DUN itu adalah seperti sireh pulang ke gagang.
Pada PRN Sabah ke-16, Wetrom menang dengan majoriti 3,363 atas tiket Perikatan Nasional menewaskan pencabar terdekat daripada Parti Warisan Sabah yang mencalon Majamis Timbong.
Selain Perikatan Nasiona dan Warisan Kerusi DUN Bandau menyaksikan pertembungan enam penjuru melibatkan Parti Pertubuhan Kebangsaan Sabah Bersatu (USNO); Parti Cinta Sabah; Parti Liberal Demokratik dan Bebas.
Ringkasan AI
- Datuk Wetrom Bahanda sah bertanding di DUN Matunggong pada PRN Sabah ke-17, sekali gus mengelak pertembungan dengan adiknya, Datuk Redonah Bahanda, jika beliau dicalonkan di Bandau oleh GRS.
- Wetrom menafikan tindakan berpindah kerusi sebagai strategi memberi laluan kepada Redonah, dan menegaskan KDM akan bertanding di semua kawasan Parlimen Kota Marudu.
- Sebagai anak jati Matunggong, Wetrom menyifatkan pencalonannya di kawasan itu sebagai -sireh pulang ke gagang- dan bertekad mempertahankan pengaruh politiknya di PRN akan datang.