SIK: Kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) N.24 Jeneri bakal menyaksikan saingan satu lawan satu melibatkan calon Perikatan Nasional (PN), Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor dan lawannya, Datuk Muhamad Khizri Abu Kassim mewakili Barisan Nasional (BN).
Perkara itu dimaklumkan Pegawai Pengurus Bahagian Pilihan Raya DUN berkenaan, Muhamad Suhaimi Man.
Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) memaklumkan telah menerima borang pencalonan Muhammad Sanusi pada jam 9.04 pagi, manakala Muhamad Khizri pula melakukan penyerahan pada jam 9.10 pagi.
"Saya telah membuat semakan dan berpuas hati dengan semua borang pencalonan, tiada calon yang ditolak, katanya ketika mengumumkan senarai calon yang bertanding bagi kerusi itu pada Sabtu.
Terdahulu, beliau secara rasmi menutup Pusat Penamaan DUN Jeneri tepat pada jam 10 pagi.
Proses penamaan calon bagi DUN Jeneri kelihatan lancar tanpa sebarang insiden tidak diingini termasuk kawalan rapi pihak berkuasa.
Dalam Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14), Muhammad Sanusi menewaskan Mahadzir Abdul Hamid (BN-UMNO) dan Mohd Nazri Abu Hassan (PH-Bersatu) dengan majoriti 2,455 undi.
DUN Jeneri merupakan salah satu daripada 36 kerusi di Kedah yang dikatakan panas.
PRN15 kali ini juga akan melihat sejauh mana penyandang kerusi berkenaan yang juga Pengarah Pilihan Raya PN untuk mempertahankan pentadbiran partinya di Kedah.
Hilmi Malik
Sat Jul 29 2023
Muhammad Sanusi (kanan) bakal berentap satu lawan satu dengan Muhamad Khizri di DUN Jeneri. - Foto Astro AWANI
Lawatan kerja PM bina keyakinan bagi syarikat Malaysia terlibat dalam projek besar di Arab Saudi
Kejayaan lawatan kerja Anwar ke Riyadh, Arab Saudi, baru-baru ini, membina keyakinan untuk syarikat Malaysia diberi peluang terlibat dalam projek-projek besar di negara tersebut.
Kerajaan tidak pinggirkan kaum India, laksana pelbagai inisiatif - PM Anwar
Kerajaan MADANI tidak pernah meminggirkan kaum India malah pelbagai inisiatif telah dilaksanakan bagi memperkasa komuniti berkenaan, kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.
AWANI Ringkas: Kebakaran | Kenaikan gaji penjawat awam
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
AWANI Tonight: Rallies across Asia, M'sia to call for greater labour rights
Some 1,500 workers in Malaysia marched through Dataran Merdeka to demand greater workers' rights, while workers and activists across Asia took to the streets in their respective capitals to mark Labour Day.
Lihat TVET, AI dan digital sebagai ekonomi baharu negara – PM Anwar
Dalam memastikan ekonomi negara terus ke hadapan, masyarakat digesa untuk tidak lagi terperangkap dalam stigma lama, atau mudah terpengaruh dengan hasutan-hasutan pihak tertentu.
Kritiklah, tapi jangan singgung soal 3R - PM Anwar
"Nak kebebasan maki hamun Raja-raja, apa nak jadi dengan negara ini? Tetapi semua bercakap tentang pertahan Melayu, parti pun parti Melayu."
Elak persepsi pojok, lawan propaganda murahan - PM Anwar
PM Anwar tegaskan kefahaman yang menyeluruh penting bagi memberi kefahaman tentang naratif yang dibawa kerajaan Madani.
Hak Palestin: Saya cuba sebaiknya, apa yang mampu
PM Anwar akui terkesan dengan kemampuan terhad untuk perjuang hak Palestin, susulan sokongan
Tindakan Ramasamy ajak pengundi KKB tolak PH hanya bersifat dendam - Loke
Tindakan Ramasamy yang meminta pengundi terutama masyarakat India supaya tidak mengundi calon PH hanyalah bertujuan untuk membalas dendam kepada DAP dan PH.
Jambatan Bailey di Jalan Kuantan-Segamat dibuka semula hari ini
Jambatan Bailey di Seksyen 102 Jalan Kuantan-Segamat yang ditutup sebelum ini untuk kerja-kerja pembaikan dibuka semula bermula 4 petang tadi.
Dakwa hubungan PH-BN kini retak, Fahmi minta Sanusi diam
Muhammad Sanusi pada Isnin mengatakan bahawa Perikatan Nasional (PN) akan 'pecahkan lagi' keretakan dalam hubungan antara MCA dengan PH.
Sanusi jumpa Anwar 4 Mei, akan suarakan 'wishlist' Kedah
Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor memaklumkan bahawa akan mengadakan pertemuan rasmi dengan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim pada 4 Mei depan.
Sanusi kahwin lagi: Antara 'Dok Pahang' dengan 'Duduk Pahang'
Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor memaklumkan bahawa kapsyen bertulis 'Dok Pahang' yang dimuat naik di akaun FB miliknya beberapa hari lepas membabitkan saranan berkahwin.
Empangan bawah tanah: Kedah akan hantar pasukan teknikal ke Jepun
Cadangan membina empangan bernilai lebih RM300 juta itu telah diluluskan di peringkat Lembaga Sumber Air Negeri Kedah.
Sik disasar jadi hab tanaman padi huma
Lembaga Zakat Negeri Kedah melaksanakan inisiatif menanam padi huma dengan memberi tumpuan kepada kawasan tanah terbiar di daerah Sik.
Operasi KAHB ditamatkan, bukan tutup - Sanusi
Operasi Kedah Agro Holdings Berhad (KAHB) telah ditamatkan bagi membolehkan syarikat itu melunaskan tunggakan gaji dan hutang yang diwarisi.
"Saya dan Sanusi okey, tiada masalah" - Saifuddin
Saifuddin menegaskan, beliau tidak mempunyai sebarang masalah dengan Menteri Besar Kedah meskipun dilihat bertelagah berhubung MTPN.
Sanusi perjelas isu beli kereta rasmi baharu, bukan untuk bermewah
Pembelian kenderaan rasmi kerajaan negeri dibuat mengikut keperluan termasuk kereta rasmi untuk kegunaan Menteri Besar Kedah.
'Jaga petak masing-masing' - Sanusi
"Kita bekerja atas landasan kita, tidak cilok landasan orang lain sesuka hati."
Sanusi suka hebah maklumat penting mesyuarat - Saifuddin Nasution
Saifuddin berkata, Sanusi tidak perlu merungut berikutan sikap beliau sendiri yang tidak menjaga dekorum dan etika mesyuarat.