awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Aspek perjawatan, skim AKPS dijangka selesai selewatnya awal suku kedua 2026 - KP
AKPS perlu 400 pegawai penyiasat sokong keperluan operasi - Mohd Shuhaily
Tindakan tegas terhadap kontraktor lewat siapkan projek KKR - Menteri
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

PRN Sarawak: DUN Tellian bakal menyaksikan saingan empat penjuru

Azizah Alwi
Azizah Alwi
06/12/2021
01:03 MYT
PRN Sarawak: DUN Tellian bakal menyaksikan saingan empat penjuru
Calon GPS N.57 Tellian Royaton Valentine bersama calon GPS N.58 Baligian di Menara Pehin Setia Raja. - Astro AWANI
MUKAH: Kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) N.57 Tellian dijangka bakal menyaksikan saingan empat penjuru dalam Pilihan Raya Negeri Ke-12 (PRN12) Sarawak kali ini.
Ia melibatkan calon Gabungan Parti Sarawak (GPS) DUN Tellian Royaton Valentine mengenakan busana baju batik bermotifkan terendak melanau dimana merupakan lambang ikonik komuniti melanau.
Selain itu calon Parti Sarawak Bersatu (PSB) Sait Junaidi calon Parti Keadilan Rakyat (PKR) Mohd Arwin Lim Abdullah dan calon Parti Bumi Kenyalang (PBK) Zainuddin Budug, mengemukakan pencalonan mereka.
Perkara itu diumumkan Pegawai Pengurus Pilihan Raya (RO) DUN N57, Peleadzman Ahip pada jam 9 pagi tadi.
Terdahulu, calon PKR Mohd Arwin Lim Abdullah menyerahkan borang pencalonan pada jam 7.55 pagi.
Ia kemudian diikuti calon GPS pada jam 8.11 pagi serta calon Parti Bumi Kenyalang pada pada jam 8.23 pagi.
Arwin Lim menjadi calon terawal tiba di Pusat Penamaan Calon (PPC) bersama seorang penyokong dan pencadang.
Pada PRN11, DUN N.57 Tellian menyaksikan saingan dua penjuru.
Ia dimenangi oleh Yussibnosh Balo dengan majoriti undi 4421 mengalahkan Hasni Yahya dari parti PKR yang hanya sekadar membawa pulang 666 undi.
Terdahulu, Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan 18 Disember sebagai hari pengundian bagi PRN12 Sarawak, manakala undi awal pada 14 Disember.
Sebanyak 82 pusat penamaan calon dan 82 pusat penjumlahan rasmi undi akan digunakan pada pilihan raya tersebut.
Seramai 1,252,014 orang pengundi di negeri itu layak mengundi dalam PRN ke-12 Sarawak.
Topic Berkaitan
#PRN Sarawak
#DUN Tellian
#PPC
#SPR
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan