awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pasukan keselamatan Pakistan bunuh 145 pejuang di Balochistan selepas siri serangan berdarah
Iran dan AS akan adakan perbincangan nuklear Jumaat ini
PM UK arah siasatan segera skandal bekas duta dengan Epstein
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

PRN Sarawak: Fatimah nafi dedah nama Simoi Peri digugurkan sebagai calon DUN Lingga

Nuzuluddin Abdul Razak
Nuzuluddin Abdul Razak
10/11/2021
10:22 MYT
PRN Sarawak: Fatimah nafi dedah nama Simoi Peri digugurkan sebagai calon DUN Lingga
Jelas Fatimah, semua keputusan berhubung pengumuman calon daripada Gabungan Parti Sarawak (GPS) akan diumumkan oleh Ketua Menteri Sarawak, Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg. - Astro AWANI.
KUCHING: Ketua Pergerakan Wanita Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) Datuk Seri Fatimah Abdullah menafikan ada menyebut nama Datuk Simoi Peri sebagai penyandang yang digugurkan dalam Pilihan Raya Negeri Ke-12 (PRN12) Sarawak.
Laporan laman Facebook Sri Aman Mansang Maju pada Selasa itu menimbulkan kekeliruan dengan menyatakan akan ada muka baharu yang akan bertanding antaranya di DUN Lingga yang sebelum ini disandang oleh Simoi.
Jelas Fatimah, semua keputusan berhubung pengumuman calon daripada Gabungan Parti Sarawak (GPS) akan diumumkan oleh Ketua Menteri Sarawak, Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg dan ia adalah prerogratif daripada beliau.
BACA: PRN Sarawak: Terdapat calon wanita yang tidak dinamakan semula - Fatimah
“Saya tidak pernah menyebut mana-mana nama sebelum ini, siapa yang akan digugurkan atau seumpamanya, kerana ia adalah prerogratif Abang Johari.
“Memang ada antara calon wanita dan lelaki dalam PBB yang tidak akan bertanding dalam pilihan raya kali ini bukan kerana digugurkan, tetapi lebih utama kepada faktor kesihatan yang tidak mengizinkan,” katanya bagi memberi respon balas kepada status di Facebook tersebut.
Pada PRN 11, terdapat empat calon wanita GPS menyertai DUN Sarawak iaitu ADUN Dalat, Datuk Seri Fatimah Abdullah, Datuk Sharifah Hasidah Sayeed Aman Ghazali (ADUN Samariang), Datuk Rosey Yunus (ADUN Bekenu) dan Datuk Semoi Peri (ADUN Lingga).
Topic Berkaitan
#Fatimah Abdullah
#Simoi Peri digugurkan
#Calon PRN Sarawak
#PRN Sarawak
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan