awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Tanah runtuh: Tapak kedai makan popular di Jalan Simpang Pulai–Cameron Highlands ditutup sebulan
Sambutan Krismas meriah dengan upacara keagamaan, aktiviti bersama keluarga
Krisis politik Perlis: Speaker sahkan berlaku kekosongan luar jangka tiga DUN
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

PRN Sarawak: GPS beri peluang calon wanita wakili DUN Lingga

Nuzuluddin Abdul Razak
Nuzuluddin Abdul Razak
03/12/2021
11:48 MYT
PRN Sarawak: GPS beri peluang calon wanita wakili DUN Lingga
Dayang Noorazah mahu nasib rakyat di Lingga terus dibela terutama golongan wanita dalam mengangkat penglibatan mereka untuk meningkatkan sumber pendapatan. - Gambar/ Astro AWANI
KUCHING: Penglibatan wanita dalam politik terus diberi kepercayaan oleh Gabungan Parti Sarawak (GPS) dalam meneruskan kelangsungan pembangunan di negeri ini.
Di Lingga, pada Pilihan Raya Negeri Ke-12 (PRN12) ia akan diwakili calon wanita yang juga muka baharu iaitu Dayang Noorazah Awang Sohor.
Anak jati Sri Aman berusia 33 tahun itu merupakan pemegang Ijazah Sarjana Muda Perakaunan dari University Swinburne Sarawak.
“Saya berterima kasih kepada Ketua Menteri Sarawak yang juga Pengerusi GPS kerana memberikan peluang kepada golongan belia seperti saya untuk menjadi pemimpin di DUN Lingga.
“Alhamdulillah setakat ini respons sangat baik, mereka masih dahagakan kepimpinan wanita di GPS, tidak kisah di DUN mana sekalipun, mereka masih dahagakan kepimpinan mereka (wanita) di Sarawak ini,” katanya.
Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita selepas majlis penyerahan watikah pelantikan calon GPS di Ibu Pejabat PBB di Jalan Bako di sini pada Jumaat.
Noorazah ketika ditemui berkata, beliau mahukan nasib rakyat di Lingga terus dibela terutama golongan wanita dalam mengangkat penglibatan mereka untuk meningkatkan sumber pendapatan.
"Malah pendidikan juga diambil kira yang menjadi salah satu aspek penting untuk dimartabatkan di kawasan tersebut.
“Saya akan cuba membawa pendekatan yang baharu terutama dari segi pendidikan termasuk golongan umur 21 ke atas kerana kita semua tahu rata-rata mereka tidak dapat melanjutkan pelajaran lagi disebabkan kekangan kawangan.
"Itulah perkara pertama yang akan saya lakukan untuk golongan belia 29 ke 39 tahun... rata-rata mereka hilang pekerjaan... itulah kita harus lakukan dahulu,” katanya.
DUN Lingga sebelum ini disandang oleh Datuk Simoi Peri selama tiga penggal sejak 2006.
Topic Berkaitan
#PRN Sarawak
#DUN Lingga
#calon wanita
#Dayang Noorazah Awang Sohor
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan