awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
China rakan strategik pacu pembangunan mampan dan berdaya tahan - TPM Fadillah
"Taj Mahal: An eternal love story" karya hebat - Anwar
Kerajaan cadang perluas pendidikan al-Quran, tahfiz di sekolah rendah - Ahmad Zahid
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

PRN Sarawak: Hamzah Ibrahim ganti Mohamad Ali di DUN Stakan?

Shafik Ahmad
Shafik Ahmad
21/11/2021
07:18 MYT
PRN Sarawak: Hamzah Ibrahim ganti Mohamad Ali di DUN Stakan?
Hamzah Ibrahim dIjangkakan menggantikan penyandang kerusi DUN Stakan, Datuk Seri Mohamad Ali Mahmud yang telah menyatakan pendirian untuk tidak mempertahankan kerusinya pada PRN12. - Foto Astro AWANI
KOTA SAMARAHAN: Timbalan Ketua Cawangan PBB Muara Tuang, Datuk Hamzah Ibrahim disebut-sebut sebagai calon berpotensi yang akan bertading bagi merebut kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Stakan pada Pilihan Raya Negeri Sarawak Ke-12 (PRN12).
Ketua Penerangan PBB, Datuk Idris Buang berkata perkara itu belum itu disahkan lagi setakat ini.
“Ini ura-ura tetapi apa pun kita tetap mendoakan agar beliau (Hamzah) dicalonkan untuk kerusi DUN Stakan pada pilihan raya nanti.
“Saya rasa beliau adalah pemimpin akar umbi yang begitu kental dan harus diangkat dan di Stakan, saya yakin beliau akan serasi seperti mana beliau berkhidmat bersama saya di Muara Tuang,” katanya.
Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas ura-ura mengenai calon berpotensi yang akan bertanding di DUN Stakan.
Untuk rekod, Hamzah telah berkhidmat sebagai Timbalan Ketua Cawangan PBB Muara Tuang sejak tahun 2016 selain Setiausaha Politik Kepada Menteri Kanan Kerja Raya.
Menurutnya, penyandang kerusi DUN Stakan, Datuk Seri Mohamad Ali Mahmud telah menyatakan pendirian untuk tidak mempertahankan kerusinya pada PRN12.
“Beliau (Mohamad Ali) telah menyuarakan untuk bersara, jadi saya doakan, Insha Allah, Hamzah akan dicalonkan di sana (Stakan),” katanya.
Pada PRN11, Mohamad Ali menang dengan majoriti 7,042 undi menewaskan calon dari DAP, Leslie Ting Xiang Zhi yang memperoleh 1,778 undian.
DUN Stakan merupakan pecahan kawasan baharu dari Muara Tuang yang diwujudkan pada 2015.
Topic Berkaitan
#PRN Sarawak
#Datuk Hamzah Ibrahim
#Dewan Undangan Negeri DUN Stakan
#Datuk Seri Mohamad Ali Mahmud
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan