awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
UNICEF salur bantuan EUR2.7 juta untuk kanak-kanak di Syria
Transformasi digital asas kesediaan Pulau Pinang jadi pangkalan utama - SPPP
Kerajaan Perancis berdepan lagi undi tidak percaya
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

PRN Sarawak: Henti keluarkan kenyataan menyinggung perasaan - Ali Biju

Syafik Shukri Jalil
Syafik Shukri Jalil
10/12/2021
14:30 MYT
PRN Sarawak: Henti keluarkan kenyataan menyinggung perasaan - Ali Biju
Pada 6 Disember lalu, Ali Biju mendaftar sebagai calon Bebas untuk bertanding bagi kerusi DUN Krian yang dimenanginya sejak 2011 lalu. Bagaimanapun beliau kemudian memutuskan untuk melepaskan kerusi itu dan beri laluan pada calon GPS.
SARATOK: Datuk Ali Biju berharap isu pengundurannya daripada bertanding di kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Krian tidak lagi diperbesar-besarkan.
Rayu Ahli Parlimen Saratok itu lagi agar tiada sebarang kenyataan dikeluarkan Gabungan Parti Sarawak (GPS) yang menyinggung perasaan mana-mana pihak.
Perkara itu kata beliau bagi mengurangkan ketegangan sekali gus memastikan kemenangan calon GPS di kerusi DUN tersebut.
“Saya menyeru supaya apa-apa kenyataan-kenyataan yang dibuat oleh pihak ataupun daripada GPS masa kempen ini adalah kenyataan tidak membangkitkan ketegangan.
“Sekarang ini sebab kita sudah bersama dan kita sudah menyatakan sokongan jadi kenyataan-kenyataan yang menyinggung perasaan antara satu sama lain itu kita perlu hentikan demi kemenangan GPS di Krian,” katanya ketika sidang media di Pusat Khidmat Parlimen Saratok pada Jumaat.
Selain itu tambahnya, dengan tindakan tersebut ia akan mampu menenangkan penyokong setianya sekali gus membolehkan mereka menyokong dan mengundi calon GPS, Friday Belik.
“Kita kena menenangkan penyokong-penyokong saya yang selama ini setia selama 10 tahun. Dengan kenyataan-kenyataan yang baik dan bermakna maka saya rasa mereka boleh menerima iaitu kita memberi laluan kepada GPS dan menyokong calon GPS di Krian,” tambahnya lagi.
Pada 6 Disember lalu, Ali mendaftar sebagai calon Bebas untuk bertanding dan mempertahankan kerusi Dun Krian yang dimenanginya sejak 2011 yang lalu.
Bagaimanapun selepas empat hari, Ahli Parlimen Saratok itu membuat keputusan untuk tidak mempertahankan kerusi itu bagi memberi laluan kepada calon GPS.
Ali merupakan bekas penyandang kerusi Dun itu sejak 2011.
Pada PRN11, beliau yang bertanding atas tiket Parti Keadilan Rakyat (PKR) berjaya mempertahankan kerusi Dun tersebut untuk penggal kedua.
Beliau menewaskan calon Barisan Nasional (BN) Kilat Beriak apabila memperoleh 5,388 undi sekali gus memperoleh majoriti selesa dengan 1,640.
Topic Berkaitan
#PRN12 Sarawak
#Politk
#Ahli Parlimen Saratok
#Datuk Ali Biju
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan