awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Diaspora India berperanan dalam pembangunan Malaysia - PM Modi
Ultras Selangor dilarang masuk stadium bagi tiga perlawanan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

PRN Sarawak: Jangan hukum rakyat kerana demokrasi - Kelvin Yii

Afiezul Samit
Afiezul Samit
12/12/2021
10:23 MYT
PRN Sarawak: Jangan hukum rakyat kerana demokrasi - Kelvin Yii
Kelvin berkata, sudah menjadi tanggungjawab kerajaan memerintah untuk terus melakukan pembangunan tidak kira ADUN di kawasan itu kerajaan atau pembangkang.
KUCHING: Ledakan pembangunan yang sedang berlaku melalui tempoh pilihan raya menjadi tanda tanya adakah ia diteruskan atau tidak sekiranya wakil rakyat mereka ditukarkan?
Ahli Parlimen Bandar Kuching Dr Kelvin Yii Lee Wuen berkata itu seharusnya tidak menjadi kerisauan buat masyarakat memilih siapa wakil rakyat mereka untuk tempoh lima tahun seterusnya.
Jelasnya sudah menjadi tanggungjawab kerajaan yang memerintah untuk terus melakukan pembangunan tidak kira Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) di kawasan itu kerajaan mahupun pembangkang.
Beliau yang juga calon untuk Dewan Undangan Negeri (DUN) Batu Kawah berkata bahawa dirinya tidak akan menentang segala pembangunan yang sedang dijalanakan demi kepentingan rakyat..
"Memang tanggungjawab kerajaan yang sedia ada untuk melakukan pembangunan. Sesiapa sahaja yang menjadi kerajaan atau Ketua Menteri yang akan datang, mungkin Abang Johari, beliau pernah berkata bahawa ada satu pelan pembangunan di Batu Kawah.
"Kerajaan sepatutnya prihatin membawa pembangunan kepada semua," katanya ketika ditemui Astro AWANI.
Justeru, Kelvin mencela perbuatan yang menggunakan istilah pembangunan sedang berlangsung akan tergendala akibat pertukaran wakil rakyat atau pertukaran kerajaan yang memerintah.
"Jangan disebabkan wakil rakyat bertukar, kita menghukum rakyat disebabkan pilihan demokrasi mereka. Itulah demokrasi lapuk yang kita alami dan kita mahu buang yang mana pembangunan digunakan untuk mengugut penduduk untuk terus undi.
"Tetapi politik yang kita bawa adalah pembangunan. Tidak kira siapa wakil rakyat, biar rakyat memilih," tambahnya.
Antara pembangunan yang masih dalam pembinaan di kawasan Batu Kawah termasuklah stesen Petros, rumah mampu milik Sri Pertiwi dan kamera litar tertutup (CCTV).
Untuk makluman, Kelvin akan berdepan saingan empat penjuru untuk merebut kerusi DUN Batu Kawah pada Pilihan Raya Negeri Ke-12 (PRN12).
Pertembungan itu melibatkan Gabungan Parti Sarawak (GPS) yang diwakili Datuk Seri Dr Sim Kui Hian, Chai Kueh Khun dari Parti Bumi Kenyalang (PBK) dan Parti Aspirasi Rakyat Sarawak (Aspirasi), Fong Pau Teck.
Topic Berkaitan
#PRN Sarawak
#pembangunan
#DUN Batu Kawah
#demokrasi
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan