awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
JKSB terima dua pengiktirafan MBOR untuk sistem Pengurusan Trafik AI Pintar
Agong lawat dua pusat pembuatan pertahanan teknologi canggih di Abu Dhabi
Peniaga di destinasi pelancongan diingatkan tidak naikkan harga, tipu sukatan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

PRN Sarawak: 'Letak lambang batu, kayu pun boleh menang' - Wan Abdillah seru rakyat bijak memilih

Hasimi Muhamad
Hasimi Muhamad
22/11/2021
06:36 MYT
PRN Sarawak: 'Letak lambang batu, kayu pun boleh menang' - Wan Abdillah seru rakyat bijak memilih
Wan Abdillah Edruce Wan Abdul Rahman menegaskan, undi seharusnya diberikan kepada calon yang benar-benar boleh berkhidmat kepada rakyat. - Foto Astro AWANI
SRI AMAN: Rakyat sepatutnya tidak lagi perlu membuat keputusan pada pilihan raya hanya berdasarkan ‘lambang parti’.
Sebaliknya, calon Parti Sarawak Bersatu (PSB), Datuk Wan Abdillah Edruce Wan Abdul Rahman menegaskan, undi seharusnya diberikan kepada calon yang benar-benar boleh berkhidmat kepada rakyat.
Jelas beliau, budaya melihat lambang parti sudah berakhir dan pengundi mesti bijak membuat keputusan demi masa depan.
“Jangan nanti selepas pilihan raya, lima tahun … duduk kedai kopi pok pek, pok pek … mengadu itu, mengadu ini’. Tidak, siapa yang pilih mereka? Anda (pengundi) yang lakukan.
“Ia tidak semudah dulu bak kata (sesetengah individu), ‘dulu pakai baju BN (Barisan Nasional), letak batu kayu pun menang…’ (Budaya itu) sudah berakhir,” katanya kepada Astro AWANI, di sini.
Wan Abdillah, nama yang diuar-uarkan akan bertanding di Dewan Undangan Negeri (DUN) Lingga pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Sarawak ke-12 turut berkata, Gabungan Parti Sarawak (GPS) juga berkemungkinan berdepan rintangan sama daripada rakyat, iaitu tidak lagi bergantung kepada lambang.
Selain itu, beliau yang bergiat aktif sebagai aktivis sosial berkata, budaya yang didakwa mengugut rakyat dengan tidak memberikan bantuan, juga perlu dihentikan.
Sebagai sebuah kerajaan, jelas Wan Abdillah adalah menjadi tanggungjawab untuk menyalurkan bantuan kepada semua individu tanpa mengira parti.
“Budaya ugut ini saya dengar dan lihat sendiri. Rakyat takut kalau kita tidak sokong kerajaan, kita tidak dapat bantuan.
“Tidak, sesiapa sahaja kerajaan ia adalah tanggungjawab kerajaan untuk membantu rakyat.
“Dan apa yang sudah ada, harus disambung atau memperbaiki lagi, bukannya menarik balik,” katanya lagi.
Dalam masa yang sama, Wan Abdillah berkata senario politik di negara ini termasuk di Sarawak telah berubah.
Jika mana-mana parti masih mengikut cara lama, beliau berkata tidak mustahil parti itu akan ‘tinggal sejarah’.
“Kerana kita tengok nanti pada Januari tahun depan, mereka yang berusia 18 tahun ke atas sudah boleh mengundi.
“Itu akan mengubah keseluruhan senario politik termasuk di Sarawak,” ujar beliau.
Mengikut Daftar Pemilih Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), setakat suku kedua tahun ini dianggarkan 9,667 pengundi berdaftar di DUN Lingga.
Pada PRN Sarawak ke-11, calon BN, Datuk Simoi Peri menang dengan majoriti 2,943 mengalahkan Wan Abdillah dan calon PKR, Abang Zulkifli Abang Engkeh.
Topic Berkaitan
#PRN Sarawak
#Wan Abdillah Edruce Wan Abdul Rahman
#Parti Rakyat Bersatu
#Barisan Nasional
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan