awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Kesesakan lalu lintas menyebabkan Hanoi rugi AS$1.2 bilion setahun
Pembunuh bersiri Britain mengaku bunuh remaja pada 1999 sebelum bunuh lima wanita pada 2006
Hati-hati sapu minyak urut pada anak, jangan main beli!
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

PRN Sarawak: Parti Pekerja Sarawak sekarang parti mesra BN

Bernama
Bernama
22/04/2016
10:16 MYT
PRN Sarawak: Parti Pekerja Sarawak sekarang parti mesra BN
Menurut Setiausaha Agung Parti Pekerja Sarawak, Munan Laja, keputusan itu dibuat selepas mengadakan perbincangan dengan cawangan-cawangan di seluruh negeri. - Gambar fail
Parti Pekerja Sarawak (SWP) telah memutuskan untuk menjadi parti mesra Barisan Nasional (BN) dan 30,000 anggotanya telah dinasihatkan supaya menyokong semua calon BN pada pilihan raya negeri Sarawak ke-11 yang pengundian ditetapkan pada 7 Mei.
Setiausaha Agungnya, Munan Laja, berkata keputusan itu dibuat selepas mengadakan perbincangan dengan cawangan-cawangan di seluruh negeri.
"SWP akan menjadi parti mesra BN. Kami akan menyokong Ketua Menteri Tan Sri Adenan Satem dan semua pemimpin BN peringkat persekutuan dan negeri.
"Kami adalah sebuah parti kecil dan akan memberi sumbangan secara kecilan-kecilan ke arah kemajuan dan kestabilan negeri dan negara," kata beliau dalam satu kenyataan di sini Jumaat.
Munan bertanggungjawab menjaga parti sehingga mesyuarat perwakilan tiga tahun sekali akan datang selepas presiden SWR, Larry Sng Wei mengumumkan keputusan keluar daripada parti beberapa hari lepas.
Larry yang telah membuat persiapan untuk bertanding di kerusi baharu Bukit Goram tetapi kemudian mengumumkan keputusannya menarik diri.
Munan berkata anggota-anggota parti menghormati keputusannya.
Dalam perkembangan lain, Munan berkata beliau akan menggemblengkan anggota-anggota parti untuk menyokong Datuk Ambrose Blikau, calon BN bagi kerusi Katibas pada hari penamaan calon pada Isnin di bandar Song.
Topic Berkaitan
#Parti Pekerja Sarawak
#PRN Sarawak
#PRN-13
#sarawak2016
#SWP
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan