awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Tiga kanak-kanak, seorang dewasa parah dalam letupan berhampiran Paris
APMM selamatkan tiga warga Indonesia terapung di laut dua hari
[TERKINI] Ketua Tentera Libya maut dalam nahas pesawat berhampiran Ankara
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

PRN Sarawak: Pertembungan empat penjuru di DUN N.57 Tellian Mukah

Azizah Alwi
Azizah Alwi
06/12/2021
03:56 MYT
PRN Sarawak: Pertembungan empat penjuru di DUN N.57 Tellian Mukah
Calon yang telah disahkan ialah Mohd Arwin Lim Abdullah, Zainuddin Budug, Royaton Valentine dan Sait Junaidi. - Astro AWANI
MUKAH: Kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) N.57 Tellian secara rasmi akan menyaksikan pertemubungan empat penjuru dalam Pilihan Raya Negeri ke-12 (PRN12) Sarawak, 18 Disember depan.
Pada pukul 10 pagi Petron Bennedict Sunggoh sebagai penolong pengurus pilihan raya (RO) N.57 Tellian telah mengumumkan masa tamat kertas pencalonan.
Pegawai Pengurus Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) bagi DUN N.57 Tellian Peleadzman ak Ahip mengesahkan senarai calon tersebut dalam satu pengumuman pada jam 10.32 pagi di Pusat Penamaan Calon (PPC) Menara Pehin Setia Raja Mukah.
Jelas Peleadzman setelah diteliti setiap borang pencalonan yang diserahkan kepadanya, kesemua keempat-empat calon tidak mempunyai sebarang masalah dan pencalonan mereka meyakinkan pihak SPR.
“Dan seteleh selesai disemak borang pencalonan bagi kesemua calon, saya telah berpuas hati dan tiada seorang pun calon yang ditolak kertas penamaannya, dengan ini saya megumumkan calon yang disahkan bertanding di kawasan DUN N.57 Tellian
“Maka hari mengundi awal akan dilaksanakan pada 14 Disember, hari mengundi 18 Disember, sementara pusat pengundi akan dimaklumkan melalui notis SPR yang akan dipamerkan di pusat-pusat mengundi yang ditetapkan,” katanya dalam pengumuman tersebut.
Calon yang telah disahkan mengikut nombor giliran adalah Parti Keadilan Rakyat (PKR), Mohd Arwin Lim Abdullah, Parti Bumi Kenyalang (PBK), Zainuddin Budug, Gabungan Parti Sarawak (GPS), Royaton Valentine dan Parti Sarawak Bersatu (PSB), Sait Junaidi.
Pada PRN-11, DUN N.57 Tellian menyaksikan saingan dua penjuru.
Ia dimenangi oleh Yussibnosh Balo dengan majoriti undi 4,421 mengalahkan Hasni Yahya dari parti PKR yang hanya sekadar membawa pulang 666 undi.
Topic Berkaitan
#PRN Sarawak
#DUN Tellian
#empat penjuru
#SPR
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan