awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
SPRM reman dua penjawat awam bantu siasatan tuntutan palsu RM114,000
12,600 tiket tambahan ETS sempena Tahun Baharu Cina dijual mulai esok - Loke
Pasukan Roboticist Malaysia unggul di FTC Nusantara
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

PRN Sarawak: Presiden PBK dipanggil SPRM

Shafik Ahmad
Shafik Ahmad
12/12/2021
03:48 MYT
PRN Sarawak: Presiden PBK dipanggil SPRM
Lee Shan ketika di pejabat SPRM pagi tadi. - Foto Lue Cheng Hing
KUCHING: Presiden Parti Bumi Kenyalang (PBK) Voon Lee Shan ketika ini sedang diambil keterangan oleh pihak Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).
Terdahulu, difahamkan beliau telah hadir ke pejabat SPRM pada jam 8.40 pagi tadi.
Astro AWANI cuba menghubungi beliau namun panggilan dijawab oleh Pengarah Operasi Pasukan Kempen Zon Selatan PBK, Lue Cheng Hing.
“Voon (Lee Shan) masih di dalam (sedang diambil keterangan), saya rasa beliau belum dapat dihubungi dahulu setakat ini.
“Beliau datang sini (pejabat SPRM) selepas jam 8 pagi tadi,” katanya ringkas sebelum mengakhiri perbualan.
Terdahulu, Lee Shan dilaporkan diberhentikan oleh sebuah kenderaan yang membawa empat pegawai SPRM ketika memandu di Kenyalang Park di sini sekitar jam 7.40 pagi.
Lee Shan dalam satu rakaman video turut mendakwa pegawai tersebut telah menghalang kenderaannya, sebelum menarik kunci keretanya.
“Cara ini salah, anda boleh menghubungi saya tetapi bukan dengan cara sebegini, saya pun tidak tahu siapa anda sehingga kamu memperkenalkan diri.. baru saya tahu anda adalah penguat kuasa.
“Sekarang boleh berlaku apa-apa sahaja, malah kes penculikan,” kata Lee Shan dalam video tersebut.
Bagaimanapun, belum dapat dipastikan setakat ini sebab sebenar beliau dipanggil SPRM, namun menurut Cheng Hing ia dipercayai berkaitan laporan yang dibuat Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR).
Topic Berkaitan
#SPRM
#voon lee shan
#PRN Sarawak
#Parti Bumi kenyalang
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan