JULAU: Penyandang kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Meluan, Rolland Duat Jubin dijangka mempertahankan kerusinya untuk penggal ketiga dalam Pilihan Raya Negeri Ke-12 (PRN12)Sarawak tidak lama lagi.
Ketua Menteri Sarawak Tan Sri Abang Johari Tun Openg memberi bayangan tersebut ketika majlis pecah tanah Jambatan Nanga Lasi di sini.
Rolland, 57, telah mewakili Barisan Nasional (kini Gabungan Parti Sarawak) di kawasan DUN Meluan sejak 2011.
Pada PRN Sarawak 2016, beliau mengutip 3,363 undi, untuk menewaskan calon Bebas, Elly Lawai Ngalai - Bebas (2,868 undi); Semana Sawang - PKR (2,008 undi); dan Remiguis Noel @ Jerry Clement - Bebas (934 undi).
Berdasarkan daftar pemilih 2021, DUN Meluan bakal menyaksikan 14,525 individu layak untuk mengundi.
Sebelum ini, Rolland dikaitkan dengan individu yang menyertai Parti Keadilan Rakyat (PKR) Julau yang ketika itu diketuai Larry Sng.
Manakala pertengahan tahun ini, khabar angin bertiup mengatakan beliau telah diserang angin ahmar.
Namun, wakil rakyat Parti Demokratik Progresif (PDP) itu menafikan kedua-duanya.
Bagi DUN Meluan untuk PRN12 kali ini, GPS dijangka berhadapan saingan calon Parti Bumi Kenyalang (PBK), Sylvester Embuas dan calon Parti Sarawak Bersatu (PSB), Elly Lawai Ngalai.
Afiezul Samit
Sun Nov 21 2021
Rolland, 57, telah mewakili Barisan Nasional (kini Gabungan Parti Sarawak) di kawasan DUN Meluan sejak 2011. - Astro AWANI
Program Jelajah Siswa antara pengisian Hawana 2024
Sambutan Hari Wartawan Nasional (Hawana) 2024 pada Mei ini buat julung kalinya akan menyaksikan penglibatan pelajar jurusan komunikasi menerusi Program Jelajah Siswa.
[KEMAS KINI] SPRM ambil keterangan, MB Perlis tegaskan tidak direman
Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) mengesahkan mengambil keterangan Maenteri Besar Perlis kira-kira jam 10 pagi tadi.
Bekas isteri Safee Sali fail tuntutan balas nusyuz
Sebutan semula kes bagi menjawab tuntutan itu oleh plantif ditetapkan pada 11 Jun depan.
Polis selamat mangsa pemerdagangan orang dipaksa bekerja di kelab malam
Polis berjaya menyelamatkan empat wanita warga Filipina yang dipercayai menjadi mangsa pemerdagangan orang.
Pengasas maahad tahfiz didakwa di mahkamah kes liwat pelajar
Tertuduh didakwa meliwat tiga pelajar berusia antara 12 hingga 15 tahun manakala dua daripada mereka merupakan mangsa yang sama.
Pelajar UCLA dakwa universiti lepas tangan
Sebagai pelajar di antara puluhan kampus yang membantah serangan di Gaza, Isabelle Friedman yang memimpin akhbar bebas pelajar UCLA berbicara mengenai cabaran kehidupan harian pelajar dan memberikan liputan berita yang seimbang ketika protes terus meningkat.
Beg sandang dicuri dalam tandas, wanita sarat mengandung trauma kejar peragut
Suspek lelaki berusia 22 tahun yang mempunyai empat rekod lampau berkaitan jenayah dan dadah itu direman selama tiga hari bermula 30 April hingga 2 Mei 2024.
25 maut, 13 cedera bas terjunam dalam sungai Peru
Kemalangan bas di kawasan gunung Andes di utara Peru telah meragut 25 nyawa manakala 13 cedera pada Isnin.
Nahas Helikopter: Wira negara, damailah anda di sana
Satu negara bersimpati, bersedih dengan perginya pejuang yang telah banyak berjasa buat Malaysia. Bingkisan ini, istimewa buat semua wira yang kini berada di negara abadi.
PRK KKB: Serangan peribadi tak jejas kempen calon PH
Serangan peribadi oleh pihak lawan tidak sesekali menjejaskan perjalanan kempen calon Pakatan Harapan (PH) bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuala Kubu Baharu ini.
PRN Sarawak: Rolland dijangka pertahan kerusi DUN Meluan
Penyandang kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Meluan, Rolland Duat Jubin dijangka mempertahankan kerusi DUN itu pada PRN12 nanti.