awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Usaha mantapkan semula perseorangan lelaki perlu mula sekarang - Kay Bin
PM Lubnan ikrar kekalkan negara daripada terlibat perang baharu
Selangor FC kesal insiden bakar suar, kutuk salah laku penyokong
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

PRN Sarawak: 'Saya bukan diktator, tadbir Sarawak tanpa mandat rakyat' - Abang Jo

Shafik Ahmad
Shafik Ahmad
28/11/2021
13:12 MYT
PRN Sarawak: 'Saya bukan diktator, tadbir Sarawak tanpa mandat rakyat' - Abang Jo
Abang Johari (tengah) hadir ke Majlis Pelancaran Jentera GPS di Ibu Pejabat PBB di Jalan Bako di sini pada Ahad. - Astro AWANI.
KUCHING: Pengerusi Gabungan Parti Sarawak (GPS), Tan Sri Abang Johari Tun Openg menjelaskan bahawa beliau bukan seorang diktator yang mahu memerintah negeri ini tanpa kuasa atau mandat rakyat.
Sebaliknya, kata Ketua Menteri Sarawak itu, Pilihan Raya Negeri Ke-12 (PRN12) Sarawak perlu diadakan bagi mengembalikan mandat rakyat untuk mentadbir sekali gus memacu Sarawak menjadi negeri maju.
“Kita tidak mahu memerintah tanpa kuasa daripada rakyat, kita bukan jenis orang sebegitu. Saya bukan diktator, setiap tindakan yang dibuat saya ambil kira perbincangan bersama barisan kepimpinan kerajaan,” katanya.
Beliau berkata demikian ketika ucaptama pelancaran jentera GPS di Ibu Pejabat PBB di Jalan Bako di sini pada Ahad.
Menurut Abang Johari, keputusan membubarkan DUN Sarawak dan seterusnya PRN12 adalah untuk mengangkat demokrasi serta memberi rakyat kuasa memilih.
“Sebab itu kita mesti mengadakan pilihan raya… kerana masa kita sudah tamat (Jun 2021) tetapi kita diberi masa kecederaan.
“Masa kecederaan sudah tamat (darurat), sekarang penalti iaitu pada 18 Disember, dan kita GPS akan terus menjaringkan gol pada waktu itu,” katanya.
Topic Berkaitan
#mandat rakyat
#PRN Sarawak
#Abang Jo bukan diktator
#pemimpin diktator
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan