awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
LaLiga: Real Madrid pesta jaringan tanpa kelibat Kylian Mbappe
[TERKINI] RUU hadkan tempoh jawatan Perdana Menteri dibentang 19 Jan - PM Anwar
Menantu Hadi Awang didakwa sertai perhimpunan Kampung Sungai Baru
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

PRN Sarawak: SPRM lancar lima bilik gerakan beroperasi 24 jam

Bernama
Bernama
06/12/2021
08:11 MYT
PRN Sarawak: SPRM lancar lima bilik gerakan beroperasi 24 jam
SPRM berkata, bilik gerakan di Pejabat SPRM Kuching, Sibu, Miri, Bintulu dan Limbang itu akan beroperasi selama 24 jam sehari sepanjang tempoh PRN berlangsung.
KUCHING: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) hari ini melancarkan lima bilik gerakan bagi orang ramai menyalurkan maklumat serta aduan berkaitan rasuah dan salah guna kuasa sepanjang Pilihan Raya Negeri (PRN) Sarawak Ke-12.
Dalam satu kenyataan SPRM berkata, bilik gerakan di Pejabat SPRM Kuching, Sibu, Miri, Bintulu dan Limbang itu akan beroperasi selama 24 jam sehari sepanjang tempoh PRN berlangsung.
"Selain itu, orang ramai juga boleh menyalurkan sebarang aduan rasuah dan salah guna kuasa menerusi e-mel [email protected]," menurut kenyataan itu.
Sementara itu, SPRM turut mengingatkan agar calon dan parti politik bertanding tidak melakukan aktiviti yang melanggar undang-undang dan peraturan pilihan raya selaras dengan Akta SPRM 2009 dan Akta Kesalahan Pilihan Raya 1954 (Pindaan 2012).
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#SPRM
#PRN Sarawak
#bilik gerakan
#Rasuah
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan