PRN Sarawak: Tiada istilah selesa, GPS sentiasa kerja keras

Shafik Ahmad
November 19, 2021 07:32 MYT
Kata Hasidah tidak kira berapa penjuru dan siapapun pencabar, GPS akan bertanding secara baik. - Foto Astro AWANI
KUCHING: Tiada istilah selesa dengan kedudukan, sebaliknya Gabungan Parti Sarawak (GPS) akan terus bekerja keras untuk memastikan kemenangan dalam Pilihan Raya Negeri Ke-12 (PRN12).
Ahli Majlis Kerja Tertinggi Pergerakan Wanita Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) Datuk Sharifah Hasidah Sayeed Aman Ghazali berkata sesiapa sahaja yang layak berhak untuk bertanding tidak kira berapa penjuru pertandingan di setiap kawasan.
“Inilah amalan demokrasi sesiapa sahaja boleh bertanding di mana-mana kawasan. Di Semariang sendiri saya tidak tahu berapa penjuru kelak.
“Kita tunggu sehingga penamaan calon, siapa-siapa pun lawan kita bertanding secara baik,” katanya ketika ditemui selepas Majlis Penyerahan Bakul Makanan PEKEMA Peduli di Dewan Cenderawasih Semariang di sini.
Untuk rekod, Hasidah memenangi kerusi DUN Semariang untuk dua penggal pada PRN10 (2011) dan PRN11 (2016).
#PRN Sarawak #Sharifah Hasidah Sayeed Aman Ghazali #Parti Pesaka Bumiputera Bersatu PBB #Gabungan Parti Sarawak GPS