awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Remaja lelaki ditemukan lemas terjatuh dalam sungai di Jeli
Penjenamaan semula Hospital Pakar Pusrawi perkukuh perkhidmatan kesihatan patuh syariah
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

PRN: UKEC dakwa VoteMalaysia sudah sesat, umum tarik diri

Shafizan Johari
Shafizan Johari
05/07/2023
11:00 MYT
PRN: UKEC dakwa VoteMalaysia sudah sesat, umum tarik diri
Pada Pilihan Raya Umum ke-15 lalu, VoteMalaysia membawa pulang 6,932 undi menerusi jaringan sukarelawan. - Gambar hiasan
KUALA LUMPUR: Majlis United Kingdom dan Eire (Ireland) bagi Pelajar Malaysia (UKEC) memutuskan untuk menarik diri daripada Gabungan VoteMalaysia berkuat kuasa serta-merta.
Dalam satu kenyataan, ia mendakwa VoteMalaysia sudah sesat daripada tujuan penubuhannya.
Ia juga mendakwa gabungan pertubuhan diaspora Malaysia itu kini sudah lagi tidak demokratik, partisan atau berpihak, dan tidak telus.
"VoteMalaysia asalnya ditubuhkan atas nilai-nilai demokrasi, tidak memihak dan ketelusan.
"Malangnya, prinsip tidak berpihak itu sudah terhakis setelah ia terlibat dengan parti UMNO dan DAP," katanya.
UKEC mendakwa, keputusan itu susulan VoteMalaysia secara sementara bersetuju menyediakan liputan logistik bagi memudahkan proses undi pos di empat negeri sahaja iaitu Kedah, Negeri Sembilan, Pulau Pinang serta Selangor, dan mengenepikan Kelantan dan Terengganu.
VoteMalaysia juga didakwa bertindak meminta bantuan daripada parti-parti politik dalam Kerajaan Perpaduan dari segi bantuan sukarelawan dan tenaga kerja.
Insiden ini, menurut UKEC menyebabkan semangat demokrasi dalam VoteMalaysia sudah tidak wujud.
Pada Pilihan Raya Umum ke-15 lalu, VoteMalaysia membawa pulang 6,932 undi menerusi jaringan sukarelawan.
Topic Berkaitan
#PRN
#UKEC
#undi pos
#VoteMalaysia
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan