awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Tom Cruise dilaporkan tinggalkan kediaman mewah di London kerana bimbang keselamatan
Operasi banteras kegiatan e-waste haram diperhebat di semua pelabuhan - Saifuddin
Pulau Pinang peruntuk dana RM50.93 juta, salur bantuan kepada 281,135 penerima i-Sejahtera
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

PRN: UMNO Johor hantar jentera berpengalaman bantu kempen di Negeri Sembilan

Bernama
Bernama
18/06/2023
10:30 MYT
PRN: UMNO Johor hantar jentera berpengalaman bantu kempen di Negeri Sembilan
Timbalan Menteri Kewangan Datuk Seri Ahmad Maslan dan Pengarah Bank Simpanan Nasional (BSN) Johor Mohamad Zulkarnain Ismail ketika mengadakan mesyuarat di Wisma BSN Johor, hari ini. - Foto BERNAMA
JOHOR BAHRU: UMNO Johor akan menghantar jentera yang berpengalaman dan komited bagi membantu kempen Pilihan Raya Negeri (PRN) di Negeri Sembilan nanti, kata Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Johor Datuk Seri Ahmad Maslan.
"Johor ditugaskan untuk membantu Negeri Sembilan, jadi saya berharap agar kesemua 26 bahagian di negeri ini menghantar mereka yang berpengalaman (dalam pilihan raya) dan komited apabila diberi tugasan bagi membantu rakan-rakan.
"Saya juga ingin syor kepada Ketua Bahagian supaya hadir awal di bahagian angkat yang telah ditugaskan, jangan tunggu bubar atau sudah penamaan calon baharu hendak tunjuk muka," katanya pada sidang media selepas melawat Wisma Bank Simpanan Nasional (BSN) Johor di sini hari ini.
Ahli Parlimen Pontian yang juga Ahli Majlis Tertinggi UMNO itu berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai negeri yang akan dibantu Johor semasa PRN di enam negeri nanti.
Menurut Ahmad jentera pilihan raya dari Johor perlu bersungguh-sungguh membantu Negeri Sembilan pada kempen PRN nanti seperti yang dilakukan Kedah ketika membantu memenangkan BN pada PRN Johor sebelum ini.
Enam negeri yang akan berhadapan dengan PRN ialah Selangor, Pulau Pinang, Negeri Sembilan, Kedah, Kelantan dan Terengganu.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#UMNO Johor
#Ahmad Maslan
#PRN
#Negeri Sembilan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan