awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pemalsuan dokumen: FAM buat laporan polis
Snapchat perkenal lensa AI 'Animate It' untuk cipta video janaan automatik
Luruan monsun: Tiada indikator risiko banjir besar awal 2026 - MetMalaysia
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

PRN: UMNO Terengganu belum muktamad bahagi kerusi dengan PH

Nur Fazlizai Ali
Nur Fazlizai Ali
30/04/2023
00:40 MYT
PRN: UMNO Terengganu belum muktamad bahagi kerusi dengan PH
Bekas Menteri Besar Terengganu itu juga yakin pembahagian 32 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) akan diputuskan tidak lama lagi. - Astro AWANI
KUALA NERUS: UMNO Terengganu belum memutuskan bilangan kerusi yang akan dipertandingkan pada Pilihan Raya Negeri (PRN) nanti.
Pengerusinya, Datuk Seri Ahmad Said berkata proses rundingan berhubung perkara itu masih dilaksanakan bersama Pakatan Harapan (PH).
Bekas Menteri Besar Terengganu itu juga yakin pembahagian 32 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) akan diputuskan tidak lama lagi.
"Kita masih dalam perbincangan dengan Pakatan Harapan tentang pengagihan kerusi di Terengganu dan kita belum muktamadkan dan masih dalam rundingan," katanya.
Terengganu mempunyai 32 kerusi DUN dan pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14), Pas berjaya memenangi sebanyak 22 kerusi manakala 10 lagi dimenangi UMNO.
Enam negeri sebelum ini dilaporkan sepakat membubarkan DUN pada dua minggu terakhir Jun depan bagi memberi laluan kepada PRN diadakan.
Ia membabitkan Selangor, Negeri Sembilan, Pulau Pinang, Kelantan, Kedah dan Terengganu.
Tiga negeri iaitu Selangor, Pulau Pinang dan Negeri Sembilan kini di bawah pentadbiran PH sementara Terengganu, Kedah dan Kelantan di bawah Perikatan Nasional (PN).
Topic Berkaitan
#UMNO
#PRN
#Ahmad Said
#pembahagian kerusi
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan