awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Lelaki Perancis dan dua rakan bebas tuduhan edar, miliki dadah
Langgar syarat hiburan, penganjur Makar Fest XL berdepan penalti RM30,000
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

'Program vaksinasi tidak boleh terganggu bagi capai imuniti kelompok' - Muhyiddin

Fareez Azman
Fareez Azman
16/08/2021
07:48 MYT
'Program vaksinasi tidak boleh terganggu bagi capai imuniti kelompok' - Muhyiddin
Muhyiddin meletakkan jawatan sebagai Perdana Menteri selepas mendapat perkenan daripada Yang di-Pertuan Agong ketika menghadap baginda di Istana Negara pada Isnin. - Gambar/ Bernama
KUALA LUMPUR: Perdana Menteri Caretaker, Tan Sri Muhyiddin Yassin berharap Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan (PICK) tidak terganggu susulan peletakan jawatannya sebagai Perdana Menteri pada Isnin.
Jelasnya, Malaysia telah merekodkan jumlah vaksinasi harian antara tertinggi di dunia dan ia seharusnya dikekalkan.
"Justeru, momentum pelaksanaan program vaksinasi tidak boleh terganggu. Rekod kita mencatatkan jumlah vaksinasi harian antara yang tertinggi di dunia mesti dikekalkan.
"Jangan bimbang, Kabinet saya telah menempah lebih 87 juta dos vaksin untuk penduduk negara ini yang melibatkan perbelanjaan sebanyak RM 4.36 bilion," katanya dalam Perutusan Khas pada petang Isnin.
Muhyiddin teruja perkembangan positif hospital di Lembah Klang
"Ia mencukupi bagi rakyat Malaysia sepanjang program vaksinasi yang dijalankan. Sekali gus dapat mencapai imuniti kelompok negara menjelang akhir Oktober depan.
"Jika program vaksinasi berjalan lancar, kesemua rakyat akan divaksinasi menjelang akhir Oktober depan.
"Saya berharap agar kerajaan baharu yang terbentuk nanti, akan mengambil berat mengenai rakyat semua, kerana itu yang sangat penting buat saya. Saya sentiasa ambil berat mengenai rakyat," katanya lagi.
BACA: Agong perkenan peletakan jawatan, lantik Muhyiddin sebagai 'caretaker' PM - Istana Negara
BACA: Muhyiddin mohon maaf kepada rakyat Malaysia
BACA: "Saya tidak akan sekali-kali bersekongkol dengan kleptokrat" - Muhyiddin
Muhyiddin meletakkan jawatan sebagai Perdana Menteri selepas mendapat perkenan daripada Yang di-Pertuan Agong ketika menghadap baginda di Istana Negara pada Isnin.
Tindakan itu diambil selepas 15 Ahli Parlimen UMNO menarik sokongan terhadapnya sebagai Perdana Menteri dan kerajaan Perikatan Nasional.
Beliau yang juga Presiden Bersatu dilantik sebagai Perdana Menteri pada 29 Februari 2020 ekoran krisis politik selepas keruntuhan kerajaan Pakatan Harapan.
Muhyiddin harap kerajaan baharu teruskan dasar yang baik demi rakyat
Topic Berkaitan
#Perdana Menteri letak jawatan
#Muhyiddin Yassin
#Istana Negara
#PICK
#vaksinasi
#COVID-19
#tidak terjejas
#imuniti kelompok
#tempahan vaksin
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan