awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Perutusan Tahun Baharu PM: Apa hala tuju Malaysia?
Lapangan terbang Moscow ditutup akibat ancaman dron Ukraine
Polis kenal pasti semua 40 mangsa kebakaran bar di pusat peranginan ski Switzerland
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Proses pemilihan 14 cabang PKR di Kelantan bermula serentak hari ini

Bernama
Bernama
05/10/2018
02:40 MYT
Proses pemilihan 14 cabang PKR di Kelantan bermula serentak hari ini
Pemilihan bermula pukul 8.00 pagi hingga 6.00 petang dan proses pemilihan itu menggunakan sistem undian secara digital. - Gambar fail
Proses pemilihan PKR di Kelantan yang melibatkan 43,200 anggota parti disahkan layak mengundi, berlangsung hari ini bagi memilih kepimpinan di peringkat pusat dan cabang di negeri ini.
Pengarah Komunikasi PKR Kelantan, Mohd Sukirman Mustafa berkata ia melibatkan 14 cabang tempat mengundi iaitu Kota Bharu, Pengkalan Chepa, Kubang Kerian, Bachok, Pasir Puteh, Machang, Tumpat, Ketereh, Pasir Mas, Tanah Merah, Jeli, Pasir Mas, Rantau Panjang dan Gua Musang.
"Pemilihan bermula pukul 8.00 pagi hingga 6.00 petang dan proses pemilihan itu menggunakan sistem undian secara digital, e-voting," katanya ketika dihubungi Bernama di sini, hari ini.
Mohd Sukirman berkata calon Ketua Cabang PKR Kota Bharu, Zinda Khalil Sastro Hasaan tidak dicabar oleh mana-mana pihak manakala di 13 cabang lain, berlaku pertandingan sehingga ada yang membabitkan pertembungan lima penjuru bagi merebut jawatan Ketua Cabang PKR dan lain-lain jawatan dipertandingkan.
Beliau berkata Pengerusi Majlis Pimpinan PKR Kelantan Ab Aziz Ab Kadir, yang juga Ketua Cabang PKR Ketereh, dicabar Lukman Hakim Mustapha bagi jawatan ketua cabang itu.
Keputusan pengundian dijangka diketahui seawal 8.00 malam ini.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#calon
#digital
#e-voting
#Kelantan
#pemilihan
#PKR
#undian
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan