awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
UMNO perlu jana pemikiran baharu demi kelangsungan parti - Ahmad Zahid
Nawal Shahirah sudah ditemui dalam keadaan selamat
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

PRS tidak akan ulangi kesilapan lama, terima Larry Sng - Masing

Alexandra Lorna
Alexandra Lorna
12/03/2021
05:31 MYT
PRS tidak akan ulangi kesilapan lama, terima Larry Sng - Masing
Masing berkata, PRS tidak mahu mengulangi kesilapan lama untuk memberi ruang Sng menyertai parti mereka.
KUCHING: Parti Rakyat Sarawak (PRS) tidak akan bekerjasama dan membuka ruang untuk Ahli Parlimen Julau, Larry Sng untuk menyertai kembali jentera parti itu.
Perkara itu dinyatakan Presiden PRS, Tan Sri Dr James Jemut Masing yang menyifatkan tidak mahu mengulangi kesilapan lama dengan membawa semula Sng.
“Kita tidak akan menerima mahupun memberi peluang kepada Larry Sng kerana kita telah belajar daripada kesilapan kita yang dulu.
“Dulu Larry Sng dikeluarkan daripada PRS adalah disebabkan ketidaksetiaan beliau kepada PRS,” katanya kepda Astro Awani.
Mengulas mengenai Parti Keadilan Rakyat (PKR) Sarawak, Masing berpendapat kedudukan parti itu goyah selepas beberapa ahli parlimen keluar daripada parti berkenaan.
“Kalau ikutkan ahli parlimen yang ada sekarang hanya seorang sahaja yang tinggal berbanding lapan (8) ahli parlimen yang direkodkan dulu,” tambahnya.
Terdahulu, Ahli Parlimen Julau, Larry Sng berkataan keputusannya untuk keluar parti PKR adalah disebabkan ketidakstabilan politik di negara ini yang menjejaskan ekonomi negara dan juga kesejahteraan rakyat.
Untuk rekod, hanya satu (1) Ahli Parlimen Miri, Michael Teo yang merupakan MP dalam jentera parti PKR di Sarawak.
Topic Berkaitan
#PRS tidak terima Larry
#James Jemut Masing
#Presiden PRS
#Parti Rakyat Sarawak
#Ahli Parlimen Julau
#Larry Sng
#Michael Teo
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan