Calon Barisan Nasional (BN) Datuk Abd Razak Tun Sakaran menerima impak positif pada hari terakhir kempen Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) selepas seorang calon bebas yang bertanding di DUN N.54 Bugaya menarik diri untuk menyokong beliau.
Calon Bebas berkenaan, Abdul Muksin Mohd Hassan, mengumumkan perkara tersebut di hadapan Abd Razak dan rombongannya di Program Santai BN Bersama Rakyat Kampung Indani, Bugaya, hari ini.
Abdul Muksin berkata, sebab utama penarikan itu tidak ada kena-mengena dengan agenda peribadi, memandangkan baginya hanya BN sahaja mampu membela nasib rakyat Semporna dan Bugaya.
"Yang boleh memerintah di Sabah adalah Barisan Nasional sahaja, sebab saya pun sudah fikir panjang, tiada lawannya Barisan Nasional di Sabah ini.
"Saya sudah terfikir dengan kawan-kawan dan ahli-ahli saya dengan kata putus mereka memang setuju dengan pemerintahan BN," katanya ketika ditemui.
Sebelum ini, Abdul Muksin, 52 tahun, yang juga seorang ahli perniagaan, memohon untuk bertanding sebagai calon Bebas dan memilih logo Jentolak dalam pertandingan enam penjuru di kerusi DUN Bugaya pada PRU14.
Penarikan beliau kini memberi saingan lima penjuru di DUN Bugaya. Mereka yang masih bertanding di kawasan tersebut ialah Manis Muka Mohd Dara (Parti Warisan Sabah), Mahamod Sarahil (PAS), Kuli Maralang (Parti Kebangsaan Sabah) dan Mohd Said Tiblan (Parti Perpaduan Rakyat Sabah).
Sementara itu, Abd Razak berkata pengumuman Abdul Muksin meningkatkan lagi momentum pihaknya untuk menawan kerusi berkenaan.
"Beliau juga mempunyai pengikut dan saudara yang ramai di Indani. Saya yakin Barisan Nasional telah diyakini oleh para pengundi, oleh rakyat bukan sahaja di Semporna tetapi seluruh negara," katanya.
Ruzaini Zulkepli
Tue May 08 2018
Abd Razak (kiri) menyerahkan baju BN kepada Abdul Muksin (tengah) dalam majlis berkenaan di Kampung Indani, Bugaya, hari ini. - Astro AWANI
PRK Kuala Kubu Baharu: SPR tubuh dua pasukan penguat kuasa kempen
SPR menubuhkan dua Pasukan Penguat Kuasa Kempen Pilihan Raya bagi memantau aktiviti calon yang bertanding pada PRK Kuala Kubu Baharu.
Ancaman Israel untuk serang Rafah boleh cetuskan konflik dengan Mesir
Ancaman tentera Israel untuk menyerang Bandar Rafah di Semenanjung Gaza, Palestin boleh mencetuskan konflik dengan Mesir, kata Duta Mesir ke India Wael Mohamed Awad Hamed.
Piala Thomas: 'Kemenangan ke atas Hong Kong lonjak keyakinan' - Jun Hao
Kem perseorangan negara Piala Thomas 2024 berjaya membuktikan kemampuan mereka, sekurang-kurangnya selepas mengetepikan pemain Hong Kong dalam aksi pembukaan Kumpulan D hari ini.
Dua cedera ambulans jatuh gaung
Dua individu cedera apabila sebuah ambulans terbabas dan jatuh ke dalam gaung setinggi enam meter di Simpang Tiga Sungai Lui Jalan Sungai Lalang.
Konsulat Malaysia rancang program PKS di Pontianak
Program itu termasuk pameran, seminar dan dialog dijangka akan diadakan pada bulan Julai atau Ogos tahun ini.
PRK Kuala Kubu Baharu: Semua pihak dinasihat elak provokasi, 3R - Saifuddin Nasution
Semua pihak diingatkan agar tidak menimbulkan sebarang unsur provokasi termasuk memainkan isu 3R sepanjang PKR Kuala Kubu Baharu.
AWANI Ringkas: DAP sukar raih undi Melayu
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
PRK Kuala Kubu Baharu: Semua pihak diingat tidak sentuh 3R - Fahmi
Semua pihak diingatkan untuk berhati-hati dan tidak memainkan isu kaum, agama dan institusi raja (3R), terutama di platform media sosial, sepanjang tempoh berkempen PRK KKB.
PRK Kuala Kubu Baharu: 'Punca DAP pertaruh calon Cina'
Sukar untuk meraih undi Melayu didakwa menjadi punca DAP mengekalkan strategi dengan mempertandingkan calon berbangsa Cina pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Kuala Kubu Baharu.
Pemandu peribadi ditahan belasah individu hingga pengsan
Seorang lelaki dibelasah sehingga tidak sedarkan diri dalam satu kejadian di tepi Jalan Memanda 9, Jalan Ampang, Ampang Jaya pada Jumaat.
PRU14: Calon bebas Bugaya tarik diri, umum sokong BN
Calon Barisan Nasional, Datuk Razak Tun Sakaran menerima impak positif dalam hari terakhir kempen PRU hari ini.