awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Vietnam dakwa tiga individu berkaitan perdagangan haram 8.4 bilion akaun e-mel curi
Mahkamah Tinggi tetapkan 21 Mei keputusan tindakan undang-undang Indira Gandhi
Singapura sasar 18 juta pelancong antarabangsa pada 2026, perolehan S$32.5 bilion
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

PRU14: Siapa lebih layak bela nasib, masa depan ibu tunggal?

Azyyati Ahmad
Azyyati Ahmad
24/04/2018
15:55 MYT
PRU14: Siapa lebih layak bela nasib, masa depan ibu tunggal?
Debat petang tadi mencuri perhatian netizen di Facebook Live Sinar Harian.
Debat berjudul "Ibu Tunggal: Pembelaan dan Masa Depan" petang tadi mencuri perhatian netizen dengan jumlah tontonan 41,000 dalam masa sejam ia berlangsung di Facebook Live Sinar Harian.
Debat anjuran Sinar Harian itu menyaksikan pertembungan dua pemimpin wanita, Ketua Penerangan Puteri UMNO Haryaty Hamdzah dan Ketua Srikandi PKR Selangor Nurainie Haziqah Shafii.
Antara yang dibahaskan adalah jumlah kes penceraian tertinggi di negeri Selangor dan apa langkah kerajaan negeri dalam membela nasib wanita serta ibu tunggal.
Haryaty mencuri tumpuan penonton dengan merujuk kepada Manifesto BN yang bakal mewujudkan Majlis Kehakiman Undang-Undang Malaysia di mana ia akan dipengerusikan sendiri oleh perdana menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.
Namun ditempelak Nurainie yang menyatakan bahawa perdana menteri tidak sepatutnya masuk campur urusan undang-undang atas alasan pengasingan kuasa antara politik dan kehakiman perlu dilakukan dengan jelas.
Haryaty dalam pada itu mempersoalkan penubuhan Kasih Ibu Smart Selangor (KISS) yang disifatkan sebagai satu janji populis dan tidak bersifat jangka masa panjang.
Nurainie menjawab bahawa di Selangor, kerajaan negeri telah lama menubuhkan Pusat Wanita Berjaya yang memberi peluang kepada ibu tunggal untuk melibatkan diri dalam bidang keusahawanan dan seterusnya di peringkat yang lebih besar adalah Insititut Wanita Berdaya bagi mengadakan pelbagai kajian mengenai masalah ibu tunggal di Selangor.
Ketika sesi penggulungan debat, Haryaty dan Nurainie memberi jaminan pembelaan kepada nasib wanita di Malaysia sekiranya parti masing-masing memenangi PRU14 nanti.
Topic Berkaitan
#Barisan Nasional
#Haryaty Hamdzah
#MalaysiaMemilih
#Najib Razak
#Nurainie Haziqah Shafii
#PKR
#PRU14
#Puteri UMNO
#Srikandi PKR
#UMNO
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan