PRU14: Uji pengetahuan anda di #PILIHANSAYA dan menangi baucar Go Shop setiap hari!

Astro Awani
April 12, 2018 10:31 MYT
#PILIHANSAYA merupakan platform permainan alam talian atau online game yang dilancarkan sempena Pilihan Raya Umum KE-14 (PRU14) pada tahun ini. - Gambar fail
ADAKAH anda mempunyai pengetahuan yang luas tentang politik Malaysia dan berhasrat untuk menjadi pakar politik tempatan?
Jika anda mempunyai kecenderungan seperti di atas, apa kata anda uji kebijaksanaan anda mengenai sejarah politik dan proses pilihan raya di Malaysia dengan mencuba permainan #PILIHANSAYA yang baru sahaja dilancarkan pada hari ini!
#PILIHANSAYA merupakan platform permainan dalam talian atau online game yang dilancarkan sempena Pilihan Raya Umum KE-14 (PRU14) pada tahun ini.
Terdapat tiga jenis permainan disediakan dalam permainan #PILIHANSAYA iaitu Permainan Strategi, #PILIHANSAYA Trivia dan Cepat Tepat.
Dalam cabaran permainan pertama iaitu #PILIHANSAYA Permainan Strategi, pemain perlu bijak sebagai pakar strategi pilihan raya untuk memenangi seberapa banyak mock pilihan raya di setiap negeri di Malaysia.
#PILIHANSAYA Trivia menguji minda pemain untuk menjawab seberapa banyak soalan mengenai topik politik dan pilihan raya tempatan dalam tempoh masa yang diberikan. Semakin banyak soalan anda jawab, semakin tinggi skor anda peroleh.
Bagi cabaran 'Cepat Tepat', pemain perlu memilih kertas undian yang tepat untuk memenangi pusingan ini.
Jika anda adalah pemenang dalam senarai skor tertinggi permainan #PILIHANSAYA dalam sehari, anda akan dihubungi oleh pihak Astro AWANI untuk ganjaran berbentuk hadiah baucar Go Shop bernilai RM200.
Anda turut berpeluang memenangi hadiah tersebut setiap hari!
Bagaimana untuk menjadi pemain?
Anda terlebih dahulu perlu mendaftar masuk dengan mengisi butiran pemain sebelum anda memulakan permainan #PILIHANSAYA.
Permainan #PILIHANSAYA yang dilancarkan hari ini merupakan sebahagian daripada inisiatif Astro AWANI dalam usaha meningkatkan semangat dan minat dalam politik dan pilihan raya di Malaysia, khususnya golongan muda.
Anda boleh memuat turun aplikasi #PILIHANSAYA di Google Play Store hari ini dan akan tersedia di dalam App Store dalam masa terdekat di dalam peranti mudah alih anda untuk memenangi hadiah lumayan setiap hari.
Anda juga boleh melayari laman web malaysiamemilih.com untuk mencuba nasib anda!
Tunggu apa lagi? Cuba ia, sekarang!
#Astro #Astro Awani #Cepat Tepat #Malaysia #Malaysia Memilih #pilihan raya #PRU14 #strategi #Trivia