awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Protes pertama pembinaan pusat data, penduduk di Gelang Patah dakwa berlaku pencemaran
Lelaki ditahan pukul, ugut warga emas
Sivasangari terkandas di suku akhir Terbuka Windy City 2026
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

PRU15: Abdul Hadi sah pertahan kerusi Parlimen Marang

Bernama
Bernama
29/10/2022
16:18 MYT
PRU15: Abdul Hadi sah pertahan kerusi Parlimen Marang
Pas mengesahkan Presidennya, Tan Sri Abdul Hadi Awang, akan mempertahan kerusi Parlimen Marang pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15). - Gambar BERNAMA
KOTA BHARU: Pas mengesahkan Presidennya, Tan Sri Abdul Hadi Awang, akan mempertahan kerusi Parlimen Marang pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).
Perkara itu disahkan Setiausaha Agung Pas, Datuk Seri Takiyuddin Hassan.
"Saya tidak tahupun desas-desus yang mengatakan beliau tidak akan bertanding pada pilihan raya kali ini.
"Saya boleh mengesahkan di sini bahawa beliau akan pertahankan kerusinya," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Program Seminar Pemerkasaan Ekopelancongan Sumber Asli di Pantai Cahaya Bulan, di sini, hari ini.
Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas dakwaan bahawa Presiden Pas itu tidak akan bertanding pada PRU15.
Pada PRU14, Abdul Hadi menang di Parlimen Marang dengan meraih 53,749 undi menewaskan dua pencabarnya daripada Barisan Nasional dan Parti Keadilan Rakyat. - BERNAMA
Topic Berkaitan
#PRU15
#Abdul Hadi Awang
#Hadi Awang pertahan Marang
#Parlimen Marang
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan