awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Kerajaan tidak berkompromi terhadap ekstremisme agama
Pisah kuasa AG-PP: Wujudkan akta etika, prosedur kerja khusus Pendakwa Raya - Bersih
Pilihan Raya DBKL: Adakah pemilihan jamin ketelusan, bebas pengaruh asing? - Penganalisis
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

PRU15: Anwar beri jaminan DAP tidak akan kuasai kerajaan PH

Abd Razak Mohd Ali
Abd Razak Mohd Ali
04/11/2022
11:36 MYT
PRU15: Anwar beri jaminan DAP tidak akan kuasai kerajaan PH
Datuk Seri Anwar Ibrahim memberi jaminan DAP tidak akan menguasai pakatan itu sekiranya mereka berjaya membentuk kerajaan selepas 19 November ini. - Gambar BERNAMA
TAMBUN: Pengerusi Pakatan Harapan (PH), Datuk Seri Anwar Ibrahim memberi jaminan DAP tidak akan menguasai pakatan itu sekiranya mereka berjaya membentuk kerajaan selepas 19 November ini.
Menurut Anwar, DAP merupakan rakan yang setia dan mereka juga menerima prinsip-prinsip Perlembagaan negara.
Sehubungan itu, Anwar menasihatkan rakyat supaya jangan bimbang dan tidak tertipu dengan hasutan jahat mengenai DAP.
“Apa yang harus kita buat di Tambun dan juga di Malaysia. Ini peluang terbaik kita buat politik baharu… betul Melayu penting, tapi kita nak buat politik baharu supaya betul-betul orang Melayu, Cina, India, Iban, Kadazan betul-betul solid, bina negara ini as a team, as a full team, pasukan bersama yang sayang dan tolong satu sama lain,” kata Presiden PKR itu lagi.
Beliau berkata demikian ketika berucap pada program penyertaan bekas ahli MIC dan ramah mesra masyarakat India di Hulu Kinta, di sini, pada Jumaat.
Dalam masa sama, Anwar berkata, beliau memerlukan sokongan dan kepercayaan semua kaum, termasuk kaum India untuk merealisasikan hasrat mewujudkan politik baharu.
Beliau turut memberi jaminan akan membela nasib kaum lain mereka kerana mereka juga rakyat Malaysia sama seperti orang Melayu.
Pada majlis itu, Anwar menerima borang keahlian Parti Keadilan Rakyat (PKR) kira-kira 480 bekas ahli MIC dari lapan cawangan parti itu di Parlimen Tambun.
Topic Berkaitan
#PRU15
#penamaan calon PRU15
#Kerajaan PH
#Anwar Ibrahim
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan