awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
[KOLUMNIS] Diplomasi Orde Baharu Antarabangsa perlukan komunikasi berkesan
Bursa Malaysia ditutup pada paras tertinggi dalam tempoh hampir 16 bulan
Ringgit terus mengukuh cecah paras 4.04, tertinggi hampir lima tahun
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

PRU15: Anwar hantar notis tuntut Sanusi minta maaf

Sinar Harian
Sinar Harian
16/11/2022
13:33 MYT
PRU15: Anwar hantar notis tuntut Sanusi minta maaf
Anwar memberi tempoh selama tiga hari dari tarikh penerimaan notis tersebut untuk menjawab mengenai perkara tersebut. - Gambar fail
SHAH ALAM : Pengerusi Pakatan Harapan (PH), Datuk Seri Anwar Ibrahim menuntut permohonan maaf daripada Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor berhubung ucapannya yang didakwa mempunyai unsur fitnah dalam satu program Jelajah PN Best Tambun pada Isnin.
Dalam surat yang dihantar oleh peguam Anwar, SN Nair & Partners pada Rabu itu menyatakan bahawa, Anwar memberi tempoh selama tiga hari dari tarikh penerimaan notis tersebut untuk menjawab mengenai perkara tersebut.
Sekiranya gagal, Anwar akan meneruskan tindakan undang-undang terhadap Muhammad Sanusi.
[LAPOR LANGSUNG] PRU15: GTA tidak akan kerjasama dengan BN, PN - Tun M
SEMAK CALON PRU15 MENGIKUT KAWASAN DI SINI
Selain itu, Presiden PKR itu juga menuntut supaya Muhammad Sanusi menarik balik dakwaan fitnah tersebut, aku janji bertulis tidak akan mengulangi kesalahan sama serta membayar ganti rugi sebanyak RM10 juta kerana merosakkan reputasi Anwar.
“Perkataan tersebut adalah memfitnah terhadap anak guam kami dalam maksud biasa dan semula jadi, pada permukaannya atau dalam apa jua konteks atau sebagainya,” katanya dalam surat yang dihantar oleh SN Nair pada Rabu.
Dalam pada itu, menurut surat berkenaan, Anwar menegaskan bahawa dakwaan yang dibuat itu adalah tidak benar, menyusahkan, pelik, mengelirukan dan tidak wajar sama sekali.
Beliau berkata, dakwaan dibuat oleh Muhammad Sanusi itu yang disiarkan di akaun Facebook di bawah Faizal Azumu dalam Facebook menarik lebih daripada 81,000 tontonan, 383 komen, 500 reaksi dan 61 perkongsian pada masa surat tuntutan itu dihantar.
Jelasnya, dakwaan Muhammad Sanusi, yang disiarkan di akaun Facebooknya dan kemudian diterbitkan oleh Malaysiakini, membawa implikasi atau maksud tersirat, antara lainnya, bahawa Anwar telah menyalahgunakan kuasa sebagai Ahli Parlimen, pendusta dan pembohong, tidak beretika dan telah mengkhianati mandat rakyat. - Sinar Harian
Topic Berkaitan
#PRU15
#Anwar Ibrahim
#Muhammad Sanusi Md Nor
#saman
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan