awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Kerajaan P.Pinang ambil tindakan atasi isu kesalinghubungan feri-rel
ATM masih dibarisi anggota berintegriti, ikhlas berkhidmat - Mohamed Khaled
PLKN: Pendaftaran sebahagian pelatih di Kem 505 Pekan ditangguhkan, elak lebih kapasiti
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

PRU15: Azhar jadi sandaran PH cabar kerusi legasi Hadi Awang di Parlimen Marang

Nur Fazlizai Ali
Nur Fazlizai Ali
23/10/2022
04:00 MYT
PRU15: Azhar jadi sandaran PH cabar kerusi legasi Hadi Awang di Parlimen Marang
Azhar (foto) jadi taruhan PH bagi menggempur kubu kuat Pas di Parlimen Marang pada PRU15. -Astro AWANI
KUALA TERENGGANU: Bekas calon Pilihan Raya Kecil (PRK) Sungai Besar Azhar Abdul Shukur dipertaruhkan Pakatan Harapan (PH) bagi menggempur kubu kuat Pas di Parlimen Marang pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).
Pengerusi PH Terengganu, Datuk Raja Kamarul Bahrin Shah Raja Ahmad berkata calon tersebut bakal memberi pilihan baharu kepada pengundi di parlimen itu nanti.
Katanya, calon yang dipertaruhkan itu juga bukanlah orang asing di Terengganu kerana mempunyai keluarga dan perniagaan di Terengganu serta seluruh Malaysia.
"Beliau begitu ikhlas sanggup datang dan masuk kubu Pas.
"Seperti beliau nyatakan, mereka bersedia masuk kubu Pas yang merupakan 'tempat yang paling kuat di dunia' iaitu Parlimen Marang.
"Itu adalah cabaran yang beliau sanggup pikul dan kita menerima beliau dan bahagian Marang pun menerima beliau dengan sepenuh hati," kata Raja Kamarul Bahrin Shah.
Kawasan Parlimen Marang yang sinonim dengan nama Tan Sri Abdul Hadi Awang merupakan antara kubu kuat Pas di negeri Terengganu.
Pada PRU14, kerusi Parlimen Marang dimenangi Abdul Hadi selepas mendapat 53,749 undi menewaskan calon Barisan Nasional (BN), Mohamad Nor Endot yang memperoleh 31,795 undi dengan majoriti undi sebanyak 21,954.
Calon PH dari PKR, Zawawi Sulong pula hilang deposit.
Topic Berkaitan
#PRU15
#Parlimen Marang
#Abdul Hadi Awang
#Azhar Abdul Shukur
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan