awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
KPDN Kedah kesan 1,071 kes, nilai kompaun lebih RM867,000
Onn Hafiz mohon rakyat Johor peka perkembangan cuaca semasa
KPDN Kelantan rampas barangan hampir RM4.7 juta sepanjang tahun
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

PRU15: Azmin mahu teruskan usaha jadikan Gombak daerah sejahtera

Israr Khalid
Israr Khalid
08/11/2022
21:45 MYT
PRU15: Azmin mahu teruskan usaha jadikan Gombak daerah sejahtera
Calon Perikatan Nasional (PN), Datuk Seri Mohamed Azmin Ali (tengah) menyantuni penyokong-penyokongnya selepas pengumuman calon-calon yang bertanding di Parlimen Gombak - P098. - Foto BERNAMA
KUALA LUMPUR: Calon Perikatan Nasional (PN) P.098 Gombak, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali tekad mahu meneruskan usahanya selama tiga penggal untuk menjadikan Gombak daerah yang maju dan selamat untuk didiami.
Jelasnya, selain membangunkan infrastruktur dan prasarana yang menjana ekonomi, keamanan dan keselamatan rakyat Gombak akan terus menjadi keutamaannya.
“Saya mahu Gombak ini bukan sahaja menjadi sebuah daerah yang pesat membangun tetapi Gombak mesti dibangunkan sebagai sebuah 'liveable city'.
“Saya bersyukur ketika diberi tugas sebagai Menteri Besar dahulu dan saya juga sebagai Ahli Parlimen Gombak, saya mendapat kerjasama yang cukup baik daripada pengurusan dan pentadbiran pihak berkuasa tempatan," katanya.
Bercakap dalam program Agenda AWANI khas Malaysia Memilih pada Selasa, beliau memberitahu dua PBT terlibat iaitu kerjasama Majlis Perbandaran Ampang Jaya (MPAJ) dan Majlis Perbandaran Selayang (MPS) telah melancarkan kerja-kerja untuk memastikan kesejahteraan rakyat Gombak dijaga.
Sistem perparitan, penggantian paip-paip bocor di taman-taman perumahan, pemasangan kamera litar tertutup (CCTV) serta pembinaan pondok-pondok keselamatan adalah antara perkara yang katanya telah dilaksanakan dan akan terus diberi perhatian.
“Kesemuanya bertujuan untuk mengimbangi antara pembangunan prasarana dan infrasturktur dengan kesejahteraan rakyat.
“Ini penting kerana saya mahu rakyat Gombak rasa selamat mendiami Gombak, rakyat dapat kesejahteraan berada di Gombak, rakyat mendapat pekerjaan berkualiti di Gombak dan mereka tak perlu berhijrah jauh dari sini.
“Ini semua perkara yang telah menjadi asas yang telah kita bina selama ini dan saya akan teruskan inisiatif dan usaha ini demi kesejahteraan rakyat Gombak, insyaAllah,” katanya.
PRU15: Azmin mahu teruskan usaha jadikan Gombak daerah sejahtera
Topic Berkaitan
#Malaysia Memilih
#PRU15
#Azmin Ali
#Gombak
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan