awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Jualan kereta Eropah meningkat pada November
Komitmen Kerajaan MADANI pastikan setiap pelaburan beri pulangan kepada rakyat - PM Anwar
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

PRU15: Bekas Penyelia Kemas ganti Rohani di Batang Lupar

Rudi Affendi Khalik
Rudi Affendi Khalik
03/11/2022
02:22 MYT
PRU15: Bekas Penyelia Kemas ganti Rohani di Batang Lupar
Pada PRU lalu, Rohani memperoleh 14,204 undi menewaskan calon PAS, Ustaz Wan Abdillah Wan Ahmad (3,927 undi)dan calon Pakatan Harapan, Narudin Mentali (2,020 undi). - Foto Bernama
KUCHING: Gabungan Parti Sarawak (GPS) menamakan muka baharu bagi menggantikan Datuk Seri Rohani Abdul Karim di Parlimen Batang Lupar pada Khamis.
Mohamad Shafizan Kepli, 37, merupakan bekas Penyelia Kemas Daerah, yang berkhidmat lama di kampung halamannya.
Bapa kepada empat anak dari Kampung Tengah, Pusa ini bukan asing kepada penduduk kampung, kerana ibunya Saftuyah Sain juga adalah veteran politik di kawasan tersebut.
Lulusan Universiti Sains Malaysia (USM) itu aktif dalam politik dan aktiviti kemasyarakatan, sehingga diberi kepercayaan menggalas tanggungjawab sebagai Timbalan Ketua Cawangan PBB N29 Beting Maro, Ahli Majlis Tertinggi Pemuda PBB Negeri dan Timbalan Pengarah Jentera Pilihan Raya GPS N29 Beting Maro pada dan Pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Sarawak ke-12.
Beliau juga bergiat dalam aktiviti belia, dan diberi peluang berkhidmat sebagai Exco SABERKAS Negeri, selain sebagai Timbalan Pengerusi SABERKAS di Cawangan Beting Maro.
Parlimen Batang Lupar yang mengandungi tiga DUN iaitu DUN Sebuyau, DUN Lingga dan DUN Beting Maro merupakan kubu kuat GPS.
Pada PRU lalu, Rohani mencipta 14,204 undi untuk menewaskan calon PAS, Ustaz Wan Abdillah Wan Ahmad yang sekadar membawa pulang 3,927 undi manakala calon Pakatan harapan, Narudin Mentali hanya mengutip 2,020 undi.
Topic Berkaitan
#PRU15
#Gabungan Parti Sarawak
#Batang Lupar
#Mohamad Shafizan Kepli
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan