awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Komitmen Kerajaan MADANI pastikan setiap pelaburan beri pulangan kepada rakyat - PM Anwar
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
KPDN Kedah kesan 1,071 kes, nilai kompaun lebih RM867,000
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

PRU15: Bersatu sedia bekerjasama dengan Pejuang

Sinar Harian
Sinar Harian
13/10/2022
06:08 MYT
PRU15: Bersatu sedia bekerjasama dengan Pejuang
Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, perkara itu boleh dilaksanakan sekiranya Pejuang serius mengenai hal tersebut. - Bernama
PUTRAJAYA: Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) sedia mempertimbangkan mengenai kerjasama politik dengan Parti Pejuang Tanah Air (Pejuang) bagi menentang UMNO dalam Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).
Presidennya, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, perkara itu boleh dilaksanakan sekiranya Pejuang serius mengenai hal tersebut.
"Kita bersedia mempertimbangkan dan ia perlu di bawa ke Majlis Tertinggi untuk diputuskan," katanya.
Menurutnya, setakat ini tiada pihak berhubung dengannya bagi membincangkan perkara tersebut.
"Awal dahulu pun pernah bincang, lepas itu tak jadi apa," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Seminar Kebangsaan: Pemulihan Negara dan Keterangkuman Sosial, di sini pada Khamis.
Beliau berkata, gabungan Perikatan Nasional (PN) secara keseluruhannya telah bersiap sedia menghadapi PRU15.
Selasa lalu, Pengerusi Pejuang, Tun Dr Mahathir Mohamad mempertimbangkan untuk menjalinkan kerjasama dengan parti-parti politik 'sebulu' dengan parti itu bagi menentang UMNO.
Langkah tersebut, katanya untuk menyelamatkan negara daripada pemerintahan UMNO.
Sementara itu, ditanya adakah Perikatan Nasional (PN) sudah selesai mengenai calon PRU15, Muhyiddin berkata: "Simpan dahulu soalan itu."
* Artikel asal disiar di Sinar Harian
Topic Berkaitan
#Bersatu
#Pejuang
#PRU15
#Muhyiddin Yassin
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan