awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Kadar zakat fitrah di Pulau Pinang RM10, RM15 dan RM25
Perselisihan faham dengan kelab, Ronaldo tidak beraksi untuk Al Nassr
Datuk Bandar KL diarah perkemas SOP DBKL, tutup ruang rasuah
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

PRU15: BN arah persiapan jentera di peringkat Parlimen dan DUN

Firdaus Azil
Firdaus Azil
11/10/2022
15:25 MYT
PRU15: BN arah persiapan jentera di peringkat Parlimen dan DUN
Setiausaha Agung BN Datuk Seri Zambry Abd Kadir berkata, ia merupakan antara beberapa perkara yang diputuskan dalam mesyuarat yang dipengerusikan Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi. - Foto FB Barisan Nasional
KUALA LUMPUR: Mesyuarat Dewan Tertinggi Barisan Nasional (BN) malam ini telah mengarahkan persiapan semua jentera parti bagi menghadapi Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15) di peringkat Parlimen dan Dewan Undangan Negeri (DUN) komponen BN.
Dalam satu kenyataan malam ini, Setiausaha Agungnya Datuk Seri Zambry Abd Kadir berkata, ia merupakan antara beberapa perkara yang diputuskan dalam mesyuarat yang dipengerusikan Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi.
“Dewan Tertinggi menjunjung kasih Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong atas perkenan Baginda untuk membubarkan Parlimen selaras dengan kuasa-kuasa Baginda sebagaimana termaktub di bawah Perkara 40(2)(b) dan Perkara 55(2) Perlembagaan Persekutuan.
“Mesyuarat mengarahkan persiapan semua jentera parti bagi menghadapi Pilihan Raya Umum Ke-15 di peringkat Parlimen dan DUN komponen Barisan Nasional. Dewan Tertinggi mengarahkan Pengerusi Jawatankuasa Penyelaras Bahagian menjalankan mesyuarat koordinasi gerak kerja jentera bagi menghadapi Pilihan Raya Umum Ke-15,” katanya lagi.
Dalam pada itu Zambry berkata, perundingan pembahagian kerusi antara Parti Komponen dan Friends of BN akan dimuktamadkan.
Beliau berkata, Dewan Tertinggi bersetuju dengan usaha-usaha untuk mengetengahkan calon-calon baharu yang mempunyai nilai Winnable, Acceptable & Likeable (WALI) dan berazam untuk mencapai 30 peratus calon Wanita.
Selain itu Zambry berkata, Dewan Tertinggi bersetuju tema utama manifesto bagi PRU15 ialah “Kestabilan dan Kemakmuran”.
Beliau berkata, BN komited untuk memastikan kebajikan rakyat diperkasa dan kedaulatan negara terus terpelihara dengan penawaran polisi-polisi bersifat pro-rakyat dalam memacu pembangunan sosioekonomi yang mapan dan menyeluruh.
Topic Berkaitan
#PRU15
#jentera pilihan raya
#Barisan Nasional
#Mesyuarat Dewan Tertinggi BN
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan