awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pilihan raya Majlis Nasional Palestin ditetapkan pada 1 November
Toleransi beragama, keselamatan rumah ibadat asas keharmonian - Ahmad Zahid
Hutan di puncak bukit berhampiran Taman Tun Abdul Razak terbakar
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

PRU15: BN P. Pinang yakin menang lebih daripada dua kerusi Parlimen

Bernama
Bernama
30/10/2022
10:59 MYT
PRU15: BN P. Pinang yakin menang lebih daripada dua kerusi Parlimen
Barisan Nasional (BN) Pulau Pinang yakin akan menang lebih daripada dua kerusi parlimen di negeri itu pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15), kata Pengerusinya, Datuk Musa Sheikh Fadzir. - Gambar fail
GEORGE TOWN: Barisan Nasional (BN) Pulau Pinang yakin akan menang lebih daripada dua kerusi parlimen di negeri itu pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15), kata Pengerusinya, Datuk Musa Sheikh Fadzir.
Beliau berkata, selain mempertahankan kerusi Kepala Batas dan Tasek Gelugor yang dimenangi gabungan itu pada PRU14, BN juga akan berusaha habis-habisan menawan kawasan Parlimen Balik Pulau, Permatang Pauh dan Nibong Tebal.
"Insya-Allah, kita akan mempertahankan kerusi Kepala Batas dan Tasek Gelugor... kita juga akan cuba menang lebih daripada dua kerusi, itu sasaran BN," katanya kepada Bernama selepas mempengerusikan Mesyuarat BN negeri, di sini, hari ini.
Musa berkata, jentera pilihan raya BN kini sudah bersedia untuk digerakan pada bila-bila masa diperlukan dan persiapan semua parti komponen juga dalam keadaan siap siaga.
Pada PRU14, BN menang kerusi Parlimen Kepala Batas dan Tasek Gelugor yang masing-masing menerusi Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican dan Datuk Shabudin Yahaya daripada UMNO, namun Shahbudin menyertai Bersatu pada 2020.
Wakil PH mendominasi kerusi Parlimen Pulau Pinang pada PRU14, dengan DAP menang tujuh kerusi manakala PKR empat daripada keseluruhan 13 kerusi Parlimen di negeri itu.
Sementara itu, Musa yang juga pengerusi Badan Perhubungan UMNO negeri berkata, pengagihan kerusi Parlimen dalam kalangan parti komponen BN di Pulau Pinang telah selesai dan pengumuman calon dijadualkan akan berlangsung ada 2 Nov ini. - BERNAMA
Topic Berkaitan
#BN Pulau Pinang
#Musa Sheikh Fadzir
#Malaysia Memilih
#PRU15
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan