awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Lebih 2.2 juta kenderaan dijangka masuk Pulau Pinang
Titah Adendum: "Jangan campur urusan kami" - Pemuda UMNO WP selar kenyataan AMK
Krisis kemanusiaan di Gaza kekal meruncing di tengah-tengah kebuluran, kemusnahan - UNRWA
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

PRU15: BN perlu bertanggungjawab jika berlaku kemudaratan - Hannah Yeoh

Madiha Abdullah
Madiha Abdullah
10/10/2022
09:50 MYT
PRU15: BN perlu bertanggungjawab jika berlaku kemudaratan - Hannah Yeoh
Hannah Yeoh berkata, keputusan untuk membubarkan Parlimen seterusnya mengadakan PRU15 pada waktu sebegini membawa bersama risiko yang besar. - Gambar fail
KUALA LUMPUR: Ahli Parlimen Segambut, Hannah Yeoh menegaskan Barisan Nasional (BN) perlu bertanggungjawab seandainya berlaku sebarang kemudaratan akibat Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15) yang mungkin diadakan pada musim banjir.
Katanya, keputusan untuk membubarkan Parlimen seterusnya mengadakan PRU15 pada waktu sebegini membawa bersama risiko yang besar dan pihak yang berwajib tidak boleh lepas tangan.
"Sebarang kemudaratan akibat banjir di Malaysia dan keputusan membubarkan Parlimen sewaktu musim hujan ini, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob dan Barisan Nasional mesti bertanggungjawab kerana mempertaruhkan nyawa rakyat demi kuasa politik mereka," tulisnya dalam hantaran di Twitter, pada Isnin.
Sebarang kemudaratan akibat banjir di Malaysia dan keputusan membubarkan Parlimen sewaktu musim hujan ini - @DrZahidHamidi @IsmailSabri60 dan Barisan Nasional mesti bertanggungjawab kerana mempertarungkan nyawa rakyat demi kuasa politik mereka. Simpan resit di sini 10/10/2022.
— Hannah Yeoh (@hannahyeoh) October 10, 2022
Beliau terdahulu mengucapkan terima kasih kepada penduduk Segambut yang memberi mandat kepadanya untuk mentadbir kawasan itu sejak 2018.
Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob hari ini mengumumkan pembubaran Parlimen bagi memberi laluan kepada PRU15 diadakan.
Perkara itu diumumkan Perdana Menteri pada Perutusan Khas yang disiarkan dari bangunan Perdana Putra, Putrajaya pukul 3 petang Isnin.
Dalam perutusannya, Ismail berkata beliau sudah menghadap Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah tengah hari Ahad bagi mendapatkan perkenan pembubaran Parlimen.
Topic Berkaitan
#Hannah Yeoh
#PRU15
#bubar parlimen
#musim banjir
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan