awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Korea Selatan lapor kes kelapan Demam Babi Afrika
Pendingin hawa kereta tiba-tiba meletup, mekanik putus kaki
Tidak dapat KM dari PBT, projek ladang babi di Jalong diarah henti serta-merta - Exco
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

PRU15: BN yakin menang di Sungai Buloh - Ismail Sabri

Faida Rahim
Faida Rahim
15/11/2022
14:45 MYT
PRU15: BN yakin menang di Sungai Buloh - Ismail Sabri
Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob turut turun padang memberi sokongan kepada calon Barisan Nasional di Parlimen Sungai Buloh, Khairy Jamaluddin. - Gambar BERNAMA
KUALA LUMPUR: Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob yakin Barisan Nasional (BN) mampu menawan Parlimen Sungai Buloh pada Pilihan Raya Umum 15 (PRU15) hujung minggu ini.
Kata Ismail Sabri, beliau optimis kerusi yang disandang Pakatan Harapan (PH) di Parlimen itu akan menjadi milik BN berdasarkan momentum yang ditunjukkan oleh rakyat.
“Ini menunjukkan keyakinan kita. BN yakin mampu menewaskan sesiapa sahaja termasuk nama besar daripada pembangkang.
“Kalau kita lihat di Parlimen Sungai Buloh, kekalahan BN waktu itu adalah lebih daripada 20,000 (majoriti). Waktu itu, calon bukan daripada UMNO sedangkan kawasan itu adalah kawasan majoriti Melayu,” jelas Ismail Sabri dalam program Bual Bicara Khas Bersama Perdana Menteri: Kestabilan & Kemakmuran, yang disiarkan malam ini.
Sehubungan itu, Ismail Sabri yang juga Naib Presiden UMNO menegaskan, ia merupakan cabaran buat orang Melayu yang meminta kerusi itu diberikan kepada parti Melayu terbesar itu.
“Apabila kita berikan kepada UMNO, maka tidak ada alasan lagi bagi mereka untuk merampas kerusi tersebut kerana mereka kata “kalau diberikan kepada UMNO, kita boleh memenanginya.”
“Sebab itu bagi kita, soal 'nama besar' mereka bukan menjadi halangan untuk kita bekerja kuat bagi memastikan kemenangan. Inilah yang saya sebutkan strategi dan keyakinan UMNO dalam memenangi satu-satu kerusi yang ditandingi,” katanya.
Pada PRU15, BN mempertaruhkan Khairy Jamaluddin yang akan berdepan dengan enam pesaing lain.
Keenam-enam pesaing Khairy ialah Datuk R Ramanan dari Pakatan Harapan (PH), Mohd Ghazali Md Hamin (Perikatan Nasional), Mohd Akmal Mohd Yusof (Gerakan Tanah Air) dan Ahmad Jufliz Faiza (Parti Rakyat Malaysia).
Topic Berkaitan
#Khairy Jamaluddin
#ismail sabri yaakob
#PRU15
#Parlimen Sungai Buloh
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan