awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
PM Anwar arah AKPS perhebat operasi banteras kegiatan e-waste haram
Isu dana zakat: YDP MAINPP sedia beri keterangan kepada SPRM
Mogok seluruh negara lumpuhkan pengangkutan awam di Jerman
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

PRU15: Bukan Aziz Bari sahaja, isteri dia pun boleh bertanding - Ahmad Faizal

Abd Razak Mohd Ali
Abd Razak Mohd Ali
05/06/2022
06:03 MYT
PRU15: Bukan Aziz Bari sahaja, isteri dia pun boleh bertanding - Ahmad Faizal
AHMAD FAIZAL (kiri): "Dia bukan nak lawan saya seorang tapi nak lawan semua orang sebab dia rasakan dialah orang paling hebat dalam dunia." - Gambar fail
TAMBUN: Sebagai negara yang mengamalkan sistem demokrasi, sesiapa sahaja berhak untuk bertanding pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15), termasuk di kerusi Parlimen Tambun. 
 Timbalan Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu berkata, sesiapa sahaja boleh bertanding di Parlimen Tambun, bukan hanya Ketua Pembangkang Perak, Abdul Aziz Bari. 
 
"Dia bukan nak lawan saya seorang tapi nak lawan semua orang sebab dia rasakan dialah orang paling hebat dalam dunia.
"Kalau begitu kita dalam dunia dan di Malaysia ini kita mengamalkan demokrasi, bukan sahaja Dr Aziz Bari, isteri dia pun boleh bertanding juga sekali. Jadi semua kita galakkan, kalau nak bertanding, silakan. Tak ada masalah, cuma yang pentingnya kita dalam berpolitik, jangan memburuk-burukkan orang dengan cara yang tak baik," katanya.
PRU15 | Sesiapa saja boleh bertanding di mana-mana

 
Beliau yang juga Ahli Parlimen Tambun ditemui selepas merasmikan Malaysia Sports League Daerah Kinta 2022 di X Park Sunway City, Tambun, pada Ahad. 
 
Sebelum ini, Aziz Bari beberapa kali menyatakan hasrat untuk bertanding di kerusi Parlimen Tambun atas tiket Pakatan Harapan (PH). 
 
Malah, pada 22 Mei lalu, Naib Pengerusi DAP Perak itu turut menyatakan hasrat untuk mencabar Ahmad Faizal.
Topic Berkaitan
#Ahmad Faizal Azumu
#Aziz Bari
#PRU15
#Politik Malaysia
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan