awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Titah Adendum: AGC nafi dakwaan keputusan mahkamah kurangkan kuasa pengampunan Raja-Raja
Lebih 2.2 juta kenderaan dijangka masuk Pulau Pinang
Titah Adendum: "Jangan campur urusan kami" - Pemuda UMNO WP selar kenyataan AMK
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

PRU15: Calon Bebas di Sabah dan MP Kota Marudu sokong PN, Muhyiddin

Astro Awani
Astro Awani
21/11/2022
05:54 MYT
PRU15: Calon Bebas di Sabah dan MP Kota Marudu sokong PN, Muhyiddin
Salah seorang calon Bebas Parlimen Kudat, Datuk Verdon Bahanda berkata, beliau bersama di belakang Muhyiddin dan Perikatan Nasional (PN).
KUALA LUMPUR: Dua calon Bebas di Sabah dan seorang calon Parti Kesejahteraan Demokratik Malaysia (KDM) yang menang pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15) memberi sokongan kepada Tan Sri Muhyiddin Yassin sebagai Perdana Menteri Ke-10.
Salah seorang calon Bebas Parlimen Kudat, Datuk Verdon Bahanda berkata, beliau bersama di belakang Muhyiddin dan Perikatan Nasional (PN).
"Saya memberi sokongan kepada PN dan Muhyiddin Yassin. Begitu juga Kota Marudu (abang saya) dan Riduan Rubin (Tenom)," katanya ketika dihubungi Astro AWANI pada Isnin.
Sebentar tadi, Perikatan Nasional dalam satu kenyataan memaklumkan telah mengemukakan Surat Akuan Berkanun (SD) daripada Ahli-ahli Dewan Rakyat yang memberikan kepercayaan kepada Ahli Parlimen Pagoh, Tan Sri Muhyiddin Mohd Yassin untuk dilantik sebagai Perdana Menteri Ke-10 oleh KDYMM Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong, kata Setiausaha Agung PN Datuk Seri Hamzah Zainuddin.
Menurutnya, jumlah SD yang dihantar melebihi 112, iaitu jumlah kepercayaan majoriti Ahli Dewan Rakyat yang diperlukan untuk pelantikan Perdana Menteri di bawah Perkara 43 Perlembagaan Persekutuan.
Topic Berkaitan
#calon Bebas
#Sabah
#sokong Muhyiddin
#PRU15
#Malaysia Memilih
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan