[TERKINI] Gelombang Serangan Baharu Iran-Israel | Trump Timbang Tindakan Ketenteraan AS. Klik untuk laporan penuh.
POLITICS

PRU15: Christina Liew tumbang di Tawau, calon GRS menang

Hasimi Muhamad 19/11/2022 | 15:06 MYT
Christina terpaksa berpuas hati dengan undian sebanyak 16,065. - Gambar fail
KOTA KINABALU: Pengerusi Pakatan Harapan (PH) Sabah, Datuk Christina Liew gagal mempertahankan kerusi Parlimen Tawau pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).
Christina yang menyandang kerusi tersebut sejak PRU14 tewas kepada Lo Sui Fui selepas calon daripada Parti Gabungan Rakyat Sabah (GRS) itu menang dengan 19,865 undi dan majoriti sebanyak 3,800 undi.
Christina terpaksa berpuas hati dengan undian sebanyak 16,065, manakala calon Parti Warisan, KC Chen Ket Chuin (11,263 undi).
Tiga lagi calon hilang deposit iaitu Mohd Salleh Bacho (Bebas); Datuk Chin Chee Syn (Bebas) serta Herman Amdas (Parti Pejuang Tanah Air).
Pada PRU14, Christina menang dengan majoriti 4,727 atas tiket PKR.
#PRU15 #Christina Liew #Parlimen Tawau #lo sui fui #GERS